SEBUAH rakaman video yang memaparkan seorang penumpang United
Airlines diheret keluar dari sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa
O’Hare, Chicago mencetuskan kemarahan netizen di media sosial.
Kejadian yang dirakam oleh salah seorang penumpang menunjukkan
lelaki itu diseret keluar secara paksa oleh tiga pegawai keselamatan dari
tempat duduknya gara-gara tempahan yang berlebihan.
Difahamkan, tempahan tiket yang berlebihan menyebabkan pihak
United Airlines meminta segelintir penumpang untuk menangguhkan penerbangan
mereka secara sukarela.
Oleh kerana tidak ada sesiapa yang tampil, syarikat penerbangan
itu terpaksa memilih nama penumpang secara rawak.
Bagaimanapun, salah seorang penumpang yang terpilih itu enggan
mematuhi permintaan mereka. Dia kemudian ditarik keluar oleh pegawai
keselamatan penerbangan itu.
Penumpang itu kemudian lari masuk ke pesawat berkenaan sambil
berkata, "I have to go home (Saya perlu balik ke rumah)" beberapa
kali.
Dalam satu kenyataan, United Airlines mengesahkan lelaki
berkenaan dibawa keluar dari pesawat itu.
“Penerbangan 3411 dari Chicago FSS ke Louisville terlebih tempah.
Kami telah meminta beberapa kali secara baik kepada penumpang
itu untuk melepaskan kerusinya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan,” kata
jurucakap United, Charlie Hobart.
"Kami mempunyai pelanggan lain di dalam pesawat itu untuk
sampai ke destinasi mereka dengan selamat. Jadi, kami perlu mempertimbangkan
keadaan seperti itu.
"Kami memohon maaf atas tempahan berlebihan,” tambah
Hobart.
Video Penumpang Diheret Keluar Dari Pesawat
Kerana Terlebih Tempahan
Baca Berita Penuh: https://t.co/bo0MWzErSwpic.twitter.com/21cbMIgAYO
Baca Berita Penuh: https://t.co/bo0MWzErSwpic.twitter.com/21cbMIgAYO
— Wartawan Jalanan
(@W_Jalanan) 11 April 2017
loading...