9 Tips Sembuhkan Luka Jahitan Bersalin Dengan Cepat.


Rata-rata ibu yang baru melahirkan anak mengalami luka jahitan bersalin. 

Samaada terkoyak ataupun doktor terpaksa membuat potongan episiotomi untuk memudahkan kelahiran bayi. 

Jika tak betul-betul dijaga, luka ini lambat baik. Silap hari bulan boleh bernanah dan terbuka. Oh terasa ngilu pula.

Berikut 9 tips supaya luka jahitan bersalin cepat baik. 

1- Mandi Air Suam
Sepanjang tempoh berpantang, memang seelok-eloknya menggunakan air suam untuk mandi. Termasuk juga mencuci kawasan luka jahitan. Selepas itu, jangan lupa untuk tekap-tekap dengan tuala bersih. Supaya kawasan tersebut kering.

2- Dedahkan Bahagian Luka
Ambil masa 10 minit sekali atau dua kali setiap kali. Pengudaraan ini penting kerana luka bersalin itu biasanya terlindung.

3- Guna Pelampung
Jika luka jahitan bersalin merasa sakit, gunakan pelampung kanak-kanak. Letakkan pelampung pada kerusi atau tempat duduk. Atau boleh guna tuala tebal dan bentukkan seperti donut. Kesakitan dapat diatasi.

4- Guna ‘Ice Pack’
Luka bersalin adakala boleh menjadi bengkak. Jadi bagi mengurangkan bengkak serta rasa sakit. Tekapkan ‘ice pack’ pada kawasan tersebut. Kedinginan dari ‘ice pack’ akan mengebaskan bahagian jahitan.

5- Tuala Wanita Dalam Peti Sejuk
Pastikan tuala wanita bersih. Ambil dan letakkan di dalam peti sejuk sebelum digunakan. Fungsinya juga bagi memberikan kelegaan dan elak kesakitan.

6- Jirus Air
Semasa membuang air kecil atau besar, jiruskan air pada kawasan kaki. Ini dapat mengelakkan rasa sakit pada luka jahitan bersalin.

7- Senaman Lantai Pelvik
Bagi memastikan peredaran darah yang lancar pada kawasan yang luka, amalkan senama lantai pelvik ini. Senaman ini juga sangat membantu supaya luka cepat sembuh.

8- Berjalan
Elakkan dari asyik duduk. Berjalan perlahan-lahan di dalam rumah. Pergerakan seperti berjalan juga sangat baik supaya luka cepat sembuh.

9- Makanan Penyembuh Luka
Banyakkan mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Amalkan makanan yang seimbang dan minum air secukupnya. Kekurangan nutrisi dan air juga menyebabkan luka lambat sembuh.-Eberita.org
loading...
LABEL: KESIHATAN