INI JAWAPANNYA MENGAPA CRISTIANO RONALDO TIDAK BERTATU

Seperti yang telah diketahui, penggunaan tatu adalah berdosa dan haram bagi agama Islam, bahkan ia menyakitkan ketika membuatnya. 

Oleh yang demikian, penyerang Real Madrid yang menjadi kesukaan ramai, Cristiano Ronaldo tidak mahu mencacahkan tatu pada badannya. Walaupun dia bukan agama Islam, tetapi dia mengharamkan tatu.

Menurutnya, tatu boleh mendatangkan penyakit untuk dirinya. Ternyata, Ronaldo mempunyai alasan kukuh mengapa dirinya tidak perlukan tatu seperti pemain bola terkenal lain.

Sebelum ini, Ronaldo telah mengikuti kegiatan menderma darah rutin selama 6 tahun terakhir. Menurut Ronaldo, mendermakan darah adalah perkara yang terpuji kerana boleh menyelamatkan banyak nyawa di dunia. 

Di samping itu, syarat untuk menderma darah juga adalah tidak membenarkan penderma mempunyai sebarang tatu atau cacahan yang dibuat pada badan.

“Menderma darah boleh menyelamatkan tiga orang sekaligus dalam masa jangka panjang,” kata Ronaldo.

Dari situlah Ronaldo mengadakan kempen agar para generasi muda melakukan pendermaan darah secara rutin. Selain itu ia juga akan memberitahu betapa menguntungkannya melakukan pendermaan tersebut.

Dalam melakukan kempen beliau, Ronaldo telah bekerjasama dengan pengarah organisasi pusat penyelidikan diagnosis penyakit berjangkit IRIDICA.