SEORANG pemandu Uber di Filipina dalam sekelip mata menjadi sensasi di seluruh dunia selepas beberapa gambarnya tersebar menjadi viral di laman sosial.
Joyce Tadeo, dari Manila mula mendapat perhatian gara-gara kecantikan rupa paras yang dimilikinya sehingga dia dilabelkan ‘pemandu Uber tercantik di Filipina’.
Seperti yang dikongsikan majalah FHM, Joyce atau lebih mesra dikenali sebagai JT merupakan gadis lulusan bidang Psikologi dan pernah bekerja di sebuah syarikat farmasi.
Bagaimanapun, atas dorongan salah seorang rakannya, JT kemudian memilih untuk berhenti kerja dan mencuba nasib menjadi pemandu Uber.
“Saya seorang yang suka ambil risiko. Saya selalu mencari sesuatu yang tidak biasa. Apabila saya melihat hasil, itulah yang paling memotivasikan saya,” ujarnya.
Menurutnya, dia mula menjadi pemandu Uber pada Oktober 2016 dan dia benar-benar menyukai pekerjaannya itu.
Pada masa yang sama, JT akui sepanjang dia menjadi pemandu Uber dia sering menerima pujian dan ramai yang meminta untuk berswafoto bersamanya.
“Sebahagian besar penumpang saya benar-benar terkejut setiap kali mereka memesan saya sebagai pemandu mereka
“Saya sering mendapat pujian dan saya sangat menghargai mereka.
“Malah, mereka meminta untuk berselfie dan berkongsi informasi Uber saya di media sosial.
“Sejak dari itu, saya sudah terbiasa dengan hal itu. Saya menikmati perasaan disukai,” katanya.
Memandangkan JT sudah popular, siapa tahu suatu hari nanti JT akan disunting menjadi model atau selebriti pula.