Kesukaran untuk hamil
tidak semestinya disebabkan oleh wanita sahaja tetapi juga lelaki. Hampir 30
hingga 40 peratus infertiliti atau kemandulan disebabkan oleh faktor lelaki.
Walaupun lelaki dapat
terus menjadi ‘produktif’ pada usia yang lebih lanjut tetapi ianya tidak
bermakna mereka lebih subur. Ramai lelaki mengalami masalah disfungsi seksual
seperti ejakulasi pramatang, kegagalan ereksi dan sebagainya.
Terdapat juga lelaki
yang mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang rendah akibat faktor genetik,
merokok, meminum minuman keras dan mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.
Jangkitan pada
kelenjar testis dan saluran yang membawa sperma juga boleh menyebabkan
infertiliti. Seperti juga wanita, lelaki juga boleh mengalami infertiliti jika
menerima ubat-ubat kemoterapi ataupun radioterapi.
Anda boleh menjalani
ujian air mani di klinik pakar dan jika mendapati kuantiti sperma dan kualiti
sperma merosot atau kemungkinan juga peratusan sperma anda tidak berbentuk
normal, mungkin doktor akan memeriksa buah zakar anda untuk meneliti jika isi
padu kedua-duanya normal dan pembuluh darah zakar normal tanpa perubahan
berpintal atau varikosel. Anda mungkin tahu kedudukan buah zakar dalam kerandut
atau di luar badan.
Jika anda memakai
seluar dalam ketat atau tebal, suhu dalam kerandut zakar akan menjadi tinggi
dan ini menjejaskan proses pembiakan sperma dalam kilang sperma.
Sama juga jika anda
gemuk dan banyak melakukan kerja dalam keadaan duduk kerana itu membuatkan buah
zakar terperap dalam ‘lemak’ seolah-olah macam dalam ‘ketuhar’ yang secara
langsung meningkatkan suhu kerandut buah zakar dan menjejaskan proses
spermatogenesis (proses pengilangan sperma).
Merosakkan
Amalan merokok menjadi
sebab utama kenapa sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu bahan
toksik yang merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari.
Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas dan menyebabkan kualiti dan
kuantiti sperma merosot.
Mengikut kajian pakar
kesuburan, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar
dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam
air mani. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok
berpanjangan.
Merokok
|
Lagi lama anda
merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda. Merokok mengurangkan bilangan
atau kuantiti sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan
mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat
galian.
Merokok merendahkan
tahap hormon kesuburan yang diperlukan untuk pembiakan sperma. Kadar peratusan
bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka
dalam keadaan serius. Ini adalah fakta yang betul-betul wujud dan serius!!
Minuman keras
|
Merokok juga
mengganggu pergerakan sperma. Pergerakan sperma ialah keupayaan berenang secara
ke depan memasuki pangkal rahim (serviks) dan salur Fallopio untuk memasuki
ovum (telur) bagi proses persenyawaan. Sperma perlu bergerak laju dan sehala
supaya supaya mudah sampai ke destinasi.
Ini boleh terhalang
akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai mungkin tidak cukup untuk
berinteraksi dengan ovum (telur) bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam
telur semasa proses persenyawaan.
Seluar ketat
|
Merokok juga akan
menyebabkan penghasilan sperma yang cacat akibat tindak balas bahan radikal
bebas daripada bahan kimia rokok. Sperma yang cacat tidak akan dapat bergerak
dan mensenyawakan ovum.
Dinasihatkan agar
berhenti merokok demi isteri yang tercinta dan juga demi zuriat yang diimpikan.
Kurangkan juga stres
dan ambil masa untuk berehat dan bercuti bersama isteri. Gunakan juga masa yang
ada untuk sama-sama bersenam dengan isteri.
Jika anda mengalami
masalah kesuburan, disarankan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan
pemeriksaan, nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.
loading...
LABEL: KESIHATANRUMAH
TANGGA