Seorang wartawan penyiaran wanita ‘merah padam’ mukanya apabila kamera tersiar aksi dia sedang membetulkan sesuatu di celah kelangkangnya dalam siaran secara langsung.
Insiden cukup memalukan Sara Eisen itu berlaku ketika dia belum bersedia ke udara menerusi program Bloomberg News di sini pada Jumaat sehingga mencetuskan sensasi dalam kalangan penonton stesen televisyen tersebut.
Menurut laporan media tempatan, wartawan itu sebenarnya sedang membetulkan gajet mikrofon kecil yang telah dimasukkan dalam bajunya menerusi bawah skirt mini dipakainya apabila tiba-tiba didapati gagal berfungsi.
Bagaimanapun ketika dia masih lagi leka memasukkan gajet tersebut di celah pahanya, kamera tanpa diduga sudah pun menghala tepat ke arah Sara yang belum bersedia sehingga menampakkan dengan jelas kelangkang wanita itu.
Ramai penonton waktu tersebut menyangka wartawan berkenaan sedang cuba memasukkan tuala wanita di seluar dalamnya yang berwarna hitam tanpa menyedari dia mendedahkan bahagian sulitnya semasa duduk di kerusi.
Sara yang terkejut sebaik melihat dirinya sedang ‘live‘ ke udara bagaimanapun masih bersikap profesional apabila segera mengepitkan pangkal pahanya dan terus membuat ulasan sambil berpura-pura tiada apa-apa pelik berlaku.
Namun insiden separa lucah itu menjadi viral di media sosial apabila video aksi selamba Sara membetulkan ‘pad’ wanita tersebut kemudian dimuat naik menerusi laman sosial Imgur sehingga ditonton lebih 370,000 kali.
Ramai netizen dilaporkan berasa geli dengan aksi ‘daring’ itu seolah-olah Sara terlalu sibuk dan tiada masa untuk memasukkan tuala wanita sampaikan terpaksa melakukan aksi mengiurkan tersebut di pejabat secara terbuka.
Salah seorang pengguna secara sinis menulis: “Apa yang sedang dia cuba sembunyikan di sebalik skirt mini itu?”, manakala seorang pengguna lain secara berjenaka bertanya: “Hai, apa yang kau miliki di bawah sana?”
Bagaimanapun ada juga pengguna lain melahirkan perasaan simpati terhadap kejadian lucu yang tidak diduga tersebut. Seseorang menulis: “Saya berasa malu, tetapi dia seperti seorang petugas yang cukup profesional.”
Meskipun demikian, seorang netizen Imgur mencatat: “Sewajarnya dia melakukan hal itu di sebuah ruang peribadi untuk mengelak gangguan seksual sebab ada banyak sangat kamera di pejabat!”. The Kuala Lumpur Post