Memang terharu apabila melihat seorang rakyat Malaysia mengharumkan nama negara di persada antarabangsa
Mohd Redho mengagumkan rakyat Malaysia dengan melepasi cabaran pertama dalam program hiburan sukan Jepun, Ninja Warrior.
Redho berjaya mencatatkan masa 46 saat, dan mungkin menjadi peserta negara pertama yang menyertai pertandingan tersebut.
Video aksi Redho melepasi semua halangan cabaran itu kini viral di media sosial.
Netizen yang kagum dengan kejayaan itu mengucapkan tahniah kepada Redho dan berharap beliau akan menang dalam pertandingan itu.
Isteri beliau serta anaknya turut kelihatan bersorak ketika Redho sedang menyahut cabaran itu.
Menurut portal tempatan, Mat Redho yang bekerja sebagai pegawai Teknologi Maklumat (IT) antara 35 orang warga asing yang masuk pertandingan tersebut di negara matahari terbit itu.
Program hiburan yang berasal dari Jepun itu memulakan musim keduanya di Vietnam pada 19 Mei.