Tindakan seorang lelaki yang sudah berkahwin keluar bersama dengan kekasih gelapnya mengundang padah apabila mereka diserang oleh isteri lelaki berkenaan, lapor Daily Mail.
Dalam kejadian yang berlaku pada 19 Februari lalu di sebuah bar, lelaki berkenaan yang sedang duduk dan minum bersama dua orang wanita didatangi wanita yang dipercayai isteri lelaki itu dalam keadaan marah lalu menampar kepala mereka berdua.
Si isteri kemudian menyerang kekasih gelap suaminya dengan menarik rambut wanita itu sehingga terjatuh ke lantai. Lelaki itu cuba menghalang isterinya dari terus memukul kekasihnya dengan menggunakan badannya untuk melindungi mangsa.
Berang dengan tindakan suami, si isteri kemudian cuba membaling kerusi ke arah wanita berkenaan sebelum rakannya datang membantu.
Mangsa cuba menjauhkan diri, bagaimanapun dikejar isteri kekasihnya menyebabkan lelaki itu terpaksa mengejar dan menghalang isterinya dari berbuat demikian.
Selepas mangsa beredar dari tempat kejadian, pasangan suami isteri itu masih berperang mulut menyebabkan lelaki itu mula hilang sabar lalu menumbuk muka isterinya sehingga kedua-duanya terjatuh.
Orang awam yang melihat kejadian itu cuba meleraikan pasangan berkenaan, namun gagal berbuat demikian.
Kejadian tersebut dirakam kamera litar tertutup premis berkenaan dan dimuat naik di media sosial seminggu yang lalu, telah ditonton lebih 100,000 kali oleh netizen. – The Reporter
loading...