Saya Selalu ‘Minta Maaf’ Pada Isteri Sebab Tidak Mampu Belikan Dia Apa-Apa. Ini Lah Baru Dikatakan Isteri Solehah !!!!

Saya Selalu Minta Maaf Pada Isteri Sebab Tidak Mampu Belikan Dia Apa-Apa. Ini Lah Baru Dikatakan Isteri Solehah !!!| Saya nak kongsi kisah saya dengan isteri. Kami sudah 7 tahun berkahwin dan dikurniakan 6 orang anak. Isteri saya ini cantik, comel, manja, pandai memasak dan pandai menjaga hati saya serta menghormati saya sebagai suami.
b24e9-1.jpg
Dulu saya susah, pernah diberhentikan kerja. Saya hanya mampu memberi isteri makan telur dengan kicap sahaja. Pernah sekali di mana selama sebulan kami makan ikan kering, telur kicap sahaja. Tetapi isteri tidak pernah mengeluh.
Jiran-jiran beli barang kemas baru, isteri tak pernah bersuara apa-apa pun. Jiran dapat shopping baju baru, isteri relax saja dan tak pernah merungut apa-apa tentang kesusahan yang dia alami.
Kami sama-sama mencari kangkung di parit pun, dia masih mampu ketawa terbahak-bahak sebab dia cari kangkung sampai tergolek-golek dalam parit. Hahaha! Lawaklah si comel saya ini. Sayang betul pada dia, satu-satunya perempuan yang sanggup susah senang bersama saya.
Saya selalu minta maaf pada isteri sebab tidak mampu belikan dia apa-apa. Tetapi dia sentiasa bisikkan ke telinga saya.Selagi saya hidup, saya akan menjadi pendamping abang walau sesulit mana,katanya.
Kami dikurniakan anak kembar dua. Alhamdulillah, semakin lama rezeki kami semakin bertambah. Kini hidup saya dan keluarga lebih senang, ada perniagaan sendiri. Tidak lupa juga saya sentiasa membawa si comel iaitu isteri saya yang sentiasa ada dalam susah dan senang.
Sekarang saya mampu membelikan apa sahaja yang dia teringin miliki dari dulu. Saya selalu berikan dia hadiah, kerana dia banyak berjasa kepada saya. Paling saya nak beri kepada dia adalah seutas gelang emas yang saya tahu dia sangat mengidamkannya.
Tidak lupa juga saya berikan seutas gelang emas yang sama kepada wanita yang hebat juga dalam hidup saya iaitu ibu saya.
Saya bawa mereka pergi bercuti bersama anak-anak. Saya peluk mereka dengan erat kerana merekalah pendamping terhebat dalam hidup saya. Saya sayang si comel saya.
Kepada para suami di luar sana, hargailah isteri dan anak yang banyak berkorban dalam hidup anda. Besar pengorbanan mereka, hormatilah ibu dan isteri kerana isteri juga seorang ibu. Jangan lupa juga pada ibu yang melahirkan kita. KREDIT kakishare