Kisah Fidelis Ari 36 tahun yang terpaksa merawat isterinya menggunakan kaedah ganja kini semakin hangat di perbincangkan di laman media sosial indonesia
Lebih memilukan apabila perjuangan lelaki itu untuk menyembuhkan isterinya Yeni Riawati berakhir dengan pilu.
Pada Februari lalu Fideris ditahan kerana menanam 39 batang pokok ganja.
Fidelis, seorang guru Swasta di lingkungan Pemerintah Sanggau ,beliau menanam ganja untuk mengubati isterinya yang disahkan menderita syringomyelia, tumbuhnya kista berisi cairan atau syrinx di dalam sumsum tulang belakang.
Sejak menderita syringomyelia pada Januari 2016, Yeni dirawat sendiri di rumah oleh Fidelis kerana ubat dari hospital sudah tidak boleh diharapkan lagi.
Selain itu, Fidelis juga melakukan perawatan sendiri dengan menggunakan dua panduan perawatan penderita penyakit syringomyelia dari dua situs milik Amerika Syarikat.
Dia juga mengumpulkan buku-buku dan maklumat tentang ganja serta mempelajari sukatan yang sesuai untuk manusia agar tidak sampai ke tahap khayal, semua itu dipelajari oleh Fidelis secara autodidact (sendirian).
Hari berlalu, isteri yang dulu terbaring lemah sudah mampu berjalan dan hampir pulih sepenuhnya, akan tetapi perjuangan seorang suami untuk isteri tercinta berakhir pada Minggu pagi, apabila dua orang anggota polis dari BNN Sanggau berkunjung ke kediaman Fidelis Arie.
Sejak Fidelis Arie ditahan, keadaan isterinya tanpa rawatan extra ganja yang di adun sendiri oleh suami semakin teruk.
Menurut Yohana, kakak Fidelis bahawa terpisahnya antara Yeni dengan suami secara automatik menyebabkan pola perawatan yang dilakukan suaminya selama beberapa bulan terakhir dengan menggunakan ekstrak ganja itu pun terputus.
Perubahan terhadap fizikal Yeni pun mula kelihatan pada hari ketiga. kesihatannya berangsur-angsur menurun, menjadi kurus kering sehinggalah ajal menjemput.
Sebelumnya pihak keluarga pernah mengajukan permohonan kepada pihak polis agar Fidelis dibenarkan sesekali merawat isterinya.
Akan tetapi pihak polis negeri itu enggan memberikan kerja sama sehinggalah Sabtu lalu, Yeni Riawati pun menghembuskan nafas terakhirnya.
Bagaimanapun Fidelis dibenarkan untuk melihat jenazah isteri dan mengucup keningnya untuk kali terakhir
loading...