Hani 20 tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan mayat ayahnya Hamdani 43 dengan leher hampir terputus selepas menjadi mengsa kekerasan rumah tangga.
Lebih memilukan apabila yang menyembelih ayahnya itu adalah ibu tiri yang sudah dia anggap sebagai ibu kandung sendiri.
Menurut pihak polis padang lawas medan semalam, selepas hampir dua minggu kes di siasat, penemuan mayat seorang lelaki dengan 17 luka tikam di seluruh tubuh dan perut koyak serta leher hampir putus di Desa Sayur Matua, Medan, Indonesia pada penghujung bulan lalu.
Nursina 40 (isteri mangsa) yang ditahan empat hari lalu mengaku membunuh suaminya itu mereka telah berkhawin selama 17 tahun.
Beliau berkata dia telah menyembelih dan menikam suaminya itu ketika tidur di pondok kebun milik mereka bermotif dendam kerana selalu di kasari suaminya selama 17 tahun perkahwinan mereka.
Tidak hanya dia, ketiga anaknya juga menjadi mangsa kekerasan arwah suaminya itu.
“Selama ini saya diam dan bertahan kerana anak-anak jarang dia sentuh, tapi sejak tiga bulan terakhir ini dia mulai menyentuh anak-anak dengan kasar, sejak itu saya mulai berniat untuk membunuh suami” katanya.
Menurut Nursiah Anak tirinya itu juga tak mahu duduk sebumbung kerana tak tahan dengan perangai ayahnya yang panas Baran.
Bagaimana pun Nursina yang ditangkap mungkin akan di hukum mati dan akan menyerahkan hak penjagaan ketiga-tiga anaknya kepada ibunya di kampung.
loading...