PETALING JAYA – Rumah tangga bintang Akademi Fantasia (AF), Zila Seeron musnah selepas suaminya, Along Cham marah kerana isterinya tidak mahu memasak sehingga memaksa pelawak terkenal itu memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Along membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah semalam yang kemudiannya membenarkan permohonan cerai itu.
Zila atau nama sebenarnya, Nur Azilah Seeron, 28, diceraikan Along dengan talak satu pada pukul 10.40 pagi semalam mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.
Terdahulu semasa prosiding, Abd. Halim bertanya kepada Along sebab utama mengapa beliau mahu bercerai.
Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, kemudian memberitahu, Zila tidak suka ditegur apabila tidak memasak untuk anak mereka.
“Sebabnya adalah sesuatu yang kelakar, dia tidak suka saya marah atau menegurnya kerana tidak memasak,” kata plaintif itu ringkas.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4IlfOQHJ1
Hakcipta terpelihara