STOCKHOLM, 29 Ogos Lebih dari 300 ekor rusa liar mati akibat dipanah petir di Norway dalam kejadian ribut petir pada Jumaat lepas.
Pegawai hidupan liar menyifatkan insiden sebagai kejadian alam yang pelik.
Agensi Alam Sekitar Norway telah memuat beberapa foto ngeri yang memaparkan bangkai sekumpulan rusa yang bertaburan di satu kawasan kecil di pergunungan Hardangervidda.
Menurut agensi itu lagi, sebanyak 323 ekor haiwan tersebut mati, termasuk 70 ekor anak rusa.
Jurucakap agensi terbabit, Kjartan Knutsen memberitahu AP bahawa kes haiwan liar mati akibat dipanah petir adalah biasa tetapi pihaknya tidak pernah mendengar mereka mati dalam kuantiti yang banyak secara serentak.
Menurutnya lagi, rusa Kutub biasanya berada dekat antara satu sama lain ketika cuaca buruk, yang menjelaskan mengapa mereka mati dalam kuantiti yang banyak secara serentak.
“Kami hantar satu kumpulan untuk mengambil sampel untuk tujuan kajian. Kemudian kita akan tahu dengan pasti bagaimana haiwan-haiwan itu mati.
“Sebelum ini, kita biasa dengar tentang haiwan mati akibat di panah petir, tetapi saya tidak pernah mendengar haiwan mati dalam kuantiti yang banyak seperti ini. Kita tak pasti sama ada mereka dipanah oleh satu atau banyak petir“, kata Nylend. -Siakapkeli.my
Sumber :Time.com,The Local