PUTRAJAYA - Seorang pelajar lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (2) Putrajaya di sini pagi ini selepas cuba membantu mengambil beg rakannya yang terjatuh.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, dipercayai bertindak berani mengambil beg tersebut yang telah dicampak keluar dari bilik darjahnya yang berada di tingkat tiga.
Bagaimanapun, cubaan Azim Hakimi untuk membantu berakhir dengan tragedi apabila dia gagal seimbangkan badan ketika cuba mengambil beg yang berada di koridor sebelum terjatuh ke bawah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mayat mangsa telah di bawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, suasana sedih menyelubungi perkarangan Hospital Putrajaya yang dipenuhi keluarga mangsa. - K! ONLINE
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm#ixzz4IhIF3lsc
Hakcipta terpelihara