Aktress jelita yang menjadi heroin dalam sekuel filem Hunger Games, Jennifer Lawrence dinobatkan sebagai pelakon wanita yang memperolehi bayaran paling tinggi untuk tahun 2016, diikuti Melissa McCarthy menurut laporan majalah Forbs semalam.
Jennifer 26 tahun mendapat $46 Juta tidak termasuk cukai sepanjang 12 bulan. Jelas Forbes, sebahagian besar dari jumlah itu adalah hasil dari filem Passengers yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Namun begitu, jumlah pendapatan tersebut menandakan sedikit kejatuhan iaitu sebanyak 11.5 peratus dari pendapatannya tahun lepas yang berjumlah $52 Juta secara keseluruhan, lantas menjadikannya artis kedua yang mendapat pendapatan paling tinggi untuk tahun itu.
sumber:mancislidi.blogspot.my