Kejadian amuk yang menyebabkan tiga sekeluarga maut serta dua lagi parah manakala seorang cedera ringan, dipercayai dilakukan anak angkat keluarga berkenaan. Ketua Polis Melaka,
Datuk Ramli Din, berkata dalam kejadian, suspek yang berusia 28 tahun dan dipercayai penagih, mengelar lima mangsa di dalam sebuah rumah di Kampung Bertam Malim, di sini.
Ramli berkata, setakat ini tiga mangsa disahkan meninggal dunia dalam rumah ialah sepasang suami isteri, Hassan A Wahab, 70, dan Mariah Baharin, 62, yang juga Pengerusi Tetap Wanita UMNO Bahagian Tangga Batu serta anak lelaki mangsa, Mohd Taufeq, 22.
Beliau berkata, dua lagi mangsa, Nor Aslinda, 27, dan Nor Aqida, 24, cedera parah di bahagian bahu ke atas, manakala seorang lagi wanita, Siti Khatijah Mohamad, 80, cedera ringan.
sumber : gengviral.blogspot.my