Tergempar saya akan berusaha.saya terlalu rindukan dia. kesian zila seeron.pengakuan ikhlas zila buat along tak senang duduk dan sebak. mungkinkah mereka akan kembali bersama?

“Saya AKAN BERUSAHA..Saya TERLALU RINDUKAN DIA..”!! Kesian ZILA SEERON…PENGAKUAN IKHLAS ZILA Buat ALONG TAK SENANG DUDUK DAN SEBAK. Mungkinkah MEREKA AKAN KEMBALI Bersama?

zila%2Baf.jpg

Penyanyi Zila Seeron, isteri kepada pelawak Along Cham, mengesahkan sudah tidak bersefahaman bersama suaminya itu.



Bekas finalis Akademi Fantasia musim keempat itu turut mengakui tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya sejak beberapa bulan yang lalu.


Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, berkata, sudah empat bulan mereka tidak tinggal bersama dan kini sedang berdepan proses mahkamah difailkan Along membabitkan kes nusyuz.

“Saya pelik apabila dia failkan saman kononnya saya nusyuz. Sedangkan saya dihalau keluar rumah pada 25 Mac lalu.


.Ketika itu, saya keluar bersama anak kami (Ahmad Danial). Tetapi selepas seminggu, dia ambil anak untuk bercuti ke Legoland dan selepas itu saya tidak dibenarkan bertemu Danial lagi.


“Saya terlalu rindukan anak saya,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Mawi di Bangi ketika diminta mengulas mengenai dakwaan rumah tangganya dan Along yang dikatakan sedang berantakan.


Bagaimanapun menurut Zila, dia tetap akan mendapatkan hak penjagaan anak walaupun ia berpihak kepada Along buat masa sekarang.


“Memang atas persetujuan bersama, anak dijaga oleh suami. Dan saya hanya dibenarkan bertemu Danial sebulan dua kali dan anak tidak boleh bermalam bersama saya.


“Saya mengaku memang tiada apa-apa sekarang untuk menuntut hak saya. Tetapi saya berjanji akan menuntut anak saya apabila saya sudah stabil nanti,” katanya tegas.


Tambah Zila lagi, masalah dalam rumah tangga mereka berpunca daripada sikap Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 34, yang sering mencari salahnya tanpa alasan kukuh.


“Tiada apa lagi yang ingin saya katakan. Saya telah mencuba untuk menjadi isteri dan ibu yang terbaik selama enam tahun ini, tetapi di mata dia saya tidak pernah sempurna,” katanya sayu.


Sumber: mulutkecoh