Sayu : Selamat jalan sayang .. ibu dan bapa sayu lihat surat mati adik Haikal (10Gambar )


BAGAN SERAI :  Luluh hati seorang ibu menyaksikan anak bongsunya maut digilis sebuah treler sewaktu hendak ke sekolah dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsan Teluk Medan, di sini pagi ini.

Lebih memilukan, mangsa, Mohammad Haikal Helme, 10, berasal dari Kampung Parit Gabis Atas, digilis ketika hendak melintas jalan ke sekolah bersama rakan-rakan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian berlaku sekitar jam 7.20 pagi dan mangsa dikatakan dirempuh sebuah lori muatan makanan ayam yang datang dari arah Butterworth menghala ke Sungai Siput.














"Akibat rempuhan itu menyebabkan mangsa tergilis seterusnya maut di tempat kejadian.
"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat.

" Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada media di sini.

Sementara itu, ayahnya, Helme Ahmad, 53, ketika ditemui di unit forensik Hospital Parit Buntar tidak dapat menahan perasaan sedih kehilangan anak bongsunya.

Menurutnya, mangsa amat rapat dengan ibunya dan dihantar ke sekolah setiap hari oleh ibunya.

"Arwah tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan sikap dan sentiasa ceria bersama adik-beradiknya.
"Sehingga kini, isteri saya masih trauma selepas kejadian itu. Di sebalik musibah menimpa, kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah anak,” katanya.

Jenazah Allahyarham Mohd Haikal akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi, di sini selepas waktu solat Zuhur.-SINAR


Sumber : penbiruoffcail