Akhirnya PEMBUNUH Paling Kejam Dlm Malaysia Dihukum Gantung. Inilah FAKTA Kes Yg Ramai TAK TAHU ! |
PETALING JAYA: Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong pada 2003.
Seorang jurucakap dari Jabatan Penjara mengesahkan bahawa hukuman ke atas Ahmad Najib telah dilaksanakan pada kira-kira pukul 6 pagi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di Kajang, dekat sini.
Pada 23 Februari 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Ahmad Najib kerana merogol dan membunuh Ong, 29, di KM11 Jalan Klang Lama antara pukul 1 pagi dan 5 pagi pada 14 Jun 2003.
Ia susulan keputusan sebulan suara oleh Mahkamah Persekutuan pada Mac 2009 untuk mengekalkan hukuman mati di atas kesalahan yang dilakukannya terhadap Ong, yang mana mayat rentung mangsa dijumpai di dalam lubang pembentungan.
SEDIKIT BERITA MENGENAI KES PEMBUNUHAN CANNY ONG
Penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003.
Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol penganalisis teknologi maklumat (IT), Canny Ong Lay Kian. Beliau yang belajar setakat tingkatan tiga bergenang air mata apabila hukuman mati dijatuhkan ke atasnya. Difahamkan bahawa, Ahmad Najib membunuh mangsa hanya kerana melihat Canny Ong yang cantik dan ramping.
Plot tragis itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.
Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.;Berginilah mayat Canny Ong yang ditemui rentung.
Kisah misteri telah berakhir:
SEBAIK saja Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria yang mengetuai lima panel hakim mengetuk tukul mengekalkan keputusan hukuman terdahulu, dua suasana berbeza dapat dilihat di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya kelmarin.
Di pihak tertuduh, bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris, 33, tampak pasrah. Dia reda dan seolah-olah melihat perbicaraan rayuan itu sekadar formaliti bagi mengesahkan riwayat hidupnya bakal berakhir di tali gantung.
Ibunya, Rapiah Ahmad cuma mampu berduka sambil menghitung detik terakhir anaknya itu. Manakala di pihak orang awam yang mengikuti kes pembunuhan penganalisis komputer, Canny Ong Lay Kian, 28, mereka menyambutnya dengan kelegaan.
Mahkamah Persekutuan akhirnya membenarkan roh si mati itu bersemadi dengan aman.
Walaupun Ahmad Najib masih boleh merayu kepada Lembaga Jemaah Pengampunan Selangor sebagai usaha terakhir, ia jarang dapat menyelamatkan pesalah daripada tali gantung.
IBU Canny mengaku tidak marah pada Ahmad Najib malah bersimpati terhadap keluarganya.
Menyingkap kes Canny, ia mendapat perhatian luar biasa dan menggemparkan rakyat negara ini. Barangkali kerana memiliki sensasi seksual dan elemen hiburan apatah lagi wanita kacukan Cina dan India ini cantik dan berperwatakan menarik.
Kisah ini bermula dengan sebuah parti keraian tetapi berkesudahan dengan tragedi yang membingungkan. Apabila Canny menghadiri makan malam bersama kawan-kawannya pada hari Jumaat 13 Jun 2003, tiada siapa yang tahu ia sebenarnya menjadi majlis perpisahan mereka untuk selama-lamanya.
Seperti Canny, ibunya Pearley Viswanathan dan kakaknya Elsie tiba di tempat letak kereta dalam Pusat Beli-belah Bangsar dan bergegas ke restoran Monte.
LOKASI mayat Canny dibakar di Jalan Klang Lama.
Tiada seorang pun antara mereka yang sedar tiket parkiran tertinggal di dalam kereta – tiket yang menjadi permulaan kisah yang membawa kepada kematian Canny.