Mana Anak Aku? Rintihan Sayu Lelaki Ini Cari Anak & Isteri Yang Terlibat Kemalangan...Sunggung Menyedihkan.


Ajal dan maut sudah semestinya menjadi rahsia Allah swt. Kita sebagai hambaNya hendaklah menerima ujian dengan redha dan berlapang dada. Sesungguhnya malang itu tidak berbau, berhati-hatilah sentiasa tak kira dimana kita berada.
Sebak kami membaca berita pilu ini, anaknya yang berusia 6 bulan maut apabila mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Kilometer 75 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Sekinchan awal pagi ini. Tambah menyedihkan apabila si ayah berkali-kali bertanya, ‘mana anak aku… mana anak aku?’.

Mendakap erat jenazah anak sementara seorang lagi anak terbaring di bahu jalan


Foto kredit: Sinar Harian
Mangsa, Norazila Kamarudzaman yang mengalami patah lengan kiri sempat mendakap erat dan meriba jenazah anaknya, Nur Qaireen Khalisya Mohamad Anuwar, berusia enam bulan. Manakala di hadapannya, seorang lagi anak perempuannya terbaring dengan kesan kecederaan selepas kereta Proton Perdana yang dipandu suaminya, Mohammad Anuwar Daud, bertembung dengan sebuah kereta Produa Alza.
Ibu mangsa, Hafsah Supardi berkata, dia mengetahui anaknya sekeluarga terlibat dalam kemalangan selepas dimaklumkan anak sulungnya.
“Makcik dan suami terus ke sana, tak sangka tengok anak (Mohammad Anuwar) dah berlumuran darah,”
“Malam tadi (kelmarin), Makcik datang ke rumah (Mohammad) Anuwar tengok cucu. Sempat jugalah makcik dokong arwah (Nur Qaireen).
“Tak sangka, itulah kali terakhir makcik dapat cium dan tengok gelagatnya sebelum dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya sebak.

Mana anak aku… Mana anak aku?


Foto kredit: Sinar Harian
Bapa mangsa, Daud Ahmad memberitahu, perasaannya sayu sebaik dia dan isteri tiba di tempat kejadian apabila Anuwar bertanya tentang keadaan isteri dan anak-anaknya.
“Dia (Anuwar) cakap mana anak aku…mana anak aku? Saya tak dapat tahan air mata bila teringat kata-katanya yang cari anak dan isterinya yang telah pun dibawa ke hospital,”
“Saya dapat tahu cucu bongsu meninggal dunia di tempat kejadian lagi. Tapi saya macam tak percaya, hinggalah bila sampai di hospital saya terima maklumat Nur Qaireen telah meninggal dunia,”
Daud memberitahu, tiga lagi cucunya itu dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.
Kemalangan dua kenderaan itu turut mengakibatkan pemandu kereta Produa Alza, Mohd Faizuri Ibrahim yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Harun, Tanjong Karang, meninggal dunia di tempat kejadian.
Sumber: Sinar Harian
Kredit : Oh Bulan