Semua orang mesti inginkan suami yang penyayang dan selalu ambil berat tentang keluarga dan isteri kan? Orang kata suami mithali. Kebahagiaan rumahtangga ni bergantung kepada kematangan suami isteri, kasih sayang yang bukan hanya dalam bentuk nafkah wajib dan sebagainya, tetapi termasuk juga menghargai dan meraikan pasangan kita.
Kami seronok tengok pelakon Hairul Azreen Idris dan isterinya Hanis Zalikha yang pergi bercuti di London baru-baru ni. Selain bawa isteri dan anak bercuti, mereka juga terserempak dengan Tun Mahathir. Wow, bestnya! Jom baca.
Lelaki kacak berkasut putih
Menerusi laman Instagram Hairul Azreen, dia memuatnaik gambar bersama isterinya dengan caption romantis yang memang melting habis. Bahagia betul mereka bila disatukan dan setakat ini segalanya berjalan dengan baik. Beruntung Hanis Zalikha.