Peminat bengang dengan rumah kueh rita rudaini.bukan sebab mahal, ada lagi kisah selanjutnya.


Penangan restoran Rumah Kueh milik pelakon jelita Rita Rudaini menjadi tarikan ramai peminat untuk berkunjung dan marasai sendiri keenakan makanan terutama kueh tradisonal yang dihidangkan hasil air tangan Rita sendiri.

rita1.jpg


Namun, dijangkakan manis sehingga penghujung rupanya pahit pula di pertengahan.
Alkisahnya, dua orang pelanggan dan juga peminat Rita Rudaini, salah seorangnya chef telah berkunjung ke Rumah Kueh dan telah memesan air milo ais. Tetapi, setelah memesan ia tidak seperti yang disangkakan kerana Rumah Kueh menghidangkan dalam cawan plastik, sudahlah harga untuk 2 cawan air milo ais berharga RM25.80.





rita2.jpg




rita3.jpg




rita2.jpg


Sudahnya, mereka berdua yang tidak berpuas hati telah membangkitkan isu ini sehinggakan Rita Rudaini turut membidas dan memerli kedua-dua pelanggannya ini.

rita6.jpg

rita8.jpg
rita7.jpg

Rumah Kueh pada awalnya telah memviralkan kisah dua orang pemuda tersebut di Instagram dan yakin bahawa admin Rumah Kueh yang memuat naiknya. Namun, ia telahpun dipadam atas nasihat dan Rita Rudaini mungkin ada jawapannya untuk tidak memanjangkan isu ini.

Namun, dua pemuda tersebut sehinggakan kini masih tidak berdiam diri kerana menganggap Rita Rudaini sengaja menganiayai mereka berdua setelah kisah mereka menjadi viral.

Walau apapun, harapnya kedua-dua pihak sama ada Rita Rudaini mahupun pelanggannya berahir dengan baik agar tidak mengaibkan sesiapa. Peminat pula janganlah cepat menggelabah dan memviralkan sesuatu perkara, lebih elok bertanyakan sendiri kepada kaunter bayaran atau pekerja Rumah Kueh berhubung harga dan gelas yang dihidangkan.



Sumber – gengviral