Rempuhan Go-Kart: Netizen Persoalkan Penganjur Tidak Utamakan Keselamatan




KUALA LUMPUR: Netizen mempersoalkan ciri-ciri keselamatan dalam penganjuran perlumbaan go-kart yang menyebabkan dua beranak terbunuh.

Ia berikutan seorang lelaki berusia 30 tahun dan anak perempuannya yang berusia empat tahun dirempuh ketika menyaksikan perlumbaan Go-Kart EIMARace 2016 di Jalan Sukpa pagi tadi.

Menerusi visual kejadian yang kini viral di media sosial, netizen berkata penghadang plastik yang memisahkan antara laluan perlumbaan dan kawasan penonton seperti tidak diisikan dengan air.

“Penghadang plastik itu sepatutnya diisi dengan air,” kata seorang netizen bernama @IamAmadz di Twitter.






Ada juga yang berkata bahawa prosedur operasi standard (SOP) keselamatan tidak diikuti.



Ada juga berkata bahawa tindakan undang-undang harus diambil terhadap pihak penganjur.


Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya pula menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Sumber : astroawani