Mungkin ramai terkejut apabila Fara Fauzana membuat pengumuman bahawa perkahwinan beliau bersama jejaka bernama Hafiz telah dibatalkan.
Bekas penyampai radio Hot FM ini telah memilih untuk tidak mendedahkan punca sebenar pembatalan majlis tersebut dengan menyatakan ianya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
Cuma dikatakan mereka berdia kini tidak lagi sependapat dan membawa haluan masing-masing.
Fafau telah memberitahu bahawa pembatalan perkahwinannya ini ternyata sukar buat dirinya, dan perlu sedikit ruang untuk menenangkan fikiran.
Ini kenyataannya sebelum ini:
“Dengan penuh rasa dukacitanya, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan. Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi untuk dikongsikan”
“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan Allah dan tentu sekali ada hikmah yang menanti. Justeru, saya mungkin tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan lanjut daripada rakan-rakan media. Saya amat berharap dan percaya, rakan-rakan media amat memahami situasi saya ketika ini,”
Ini biodata penuh Hafiz:
Nama Penuh: Mohamed Hafiz
Umur: 38 Tahun
Pekerjaan: Usahawan / Ahli perniagaan
Asal: Perak
Menetap: Shah Alam, Selangor
Nama Penuh: Mohamed Hafiz
Umur: 38 Tahun
Pekerjaan: Usahawan / Ahli perniagaan
Asal: Perak
Menetap: Shah Alam, Selangor
Ini pula komen dari Hafiz:
“Setakat ini, saya tidak ada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya,”
Semoga Fafau dan Hafiz sabar dan tenang hadapi dugaan hidup. –
Sumber http://www.sinarhairan.com/2016/09/inilah-biodata-hafiz-lelaki-yang-batal.html