(video Tutorial) Dalam Hanya 2 Jam, Anda Sudah Boleh Menghilangkan Kesan Retak Pada Cermin Kereta, Ikuti Tips Mudah Ini Untuk Melakukannya


Bila mana memandu di jalan yang tidak rata, atau berbatu, mahu pun ketika mengekori di belakang lori yang membawa muatan batu kecil, sudah pasti ianya sedikit merisaukan, khuatir jika terdapat batu yang jatuh dan terkena cermin hadapan kereta.

Perkara sebegini bukanlah asing bagi pengguna jalan raya, mungkin setiap dari anda pernah mengalami perkara sebegini, paling kurang sekali. Dan, bila berlaku, mulalahmemikirkan untuk tukar cermin dengan segera, kerana takut akan pecah berderai, serta tidak mahu retakan tersebut menggangu pemanduan.

Alternatif yang diambil adalah dengan membawa ke bengkel untuk menukar dengan yang baru, kerana risau perkara yang tidak diingini berlaku. Tetapi, ramai yang tidak tahu,cermin kereta yang retak, masih boleh dibaiki, tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak, atau 'claim' insurans.

Dengan hanya menggunakan peralatan dan barang yang mudah untuk didapati dari kedai perkakas, anda sudah boleh menghilangkan retakan yang ada pada cermin hadapan kereta anda, hanya dalam masa 2 jam sahaja, jom ikuti langkahnya menerusi video di bawah.


Siakap Keli