Tidak semua kisah cinta akan berakhir dengan kebahagiaan. Ada yang kecundang di tengah jalan.
Siapa yang tidak sedih apabila terjadinya perpisahan dengan yang tersayang. Bukan mudah hendak melupakan semua kenangan yang dikongsi bersama sepanjang percintaan.
Sebab itu ada yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri kerana baginya tiada lagi erti hidup tanpa yang tersayang.
Namun, itu bukanlah jalan yang terbaik kerana agama kita sendiri melarang perbuatan itu.
Jadi, bagi mereka yang patah hati, bolehlah ikuti tips putus cinta berikut untuk melupakan kenangan bersama dengan secepatnya.
9 TIPS PUTUS CINTA DAN TERUS MOVE ON
1. BERI MASA PADA DIRI
Lelaki atau perempuan, sama saja, kerana kedua-dua akan terkesan dengan cinta yang kandas di tengah jalan.
Jadi, beri masa untuk merawat luka di hati kerana dengan masa, luka yang dirasai akan sedikit demi sedikit sembuh.
2. SIBUKKAN DIRI ANDA
Padatkan jadual anda supaya anda kurang mengingati memori lama bersama si dia. Bermenung dan bersendirian akan membuatkan anda lebih sedih dan sukar untuk move on.
Pandang ke hadapan dan jangan toleh lagi ke belakang!
3. SIMPAN BARANG KENANGAN JAUH-JAUH
Ini untuk mengelakkan anda terus mengingati kenangan bersama si dia apabila melihat barangan yang pernah dibeli waktu bercinta dulu.
Jadi masukkan dalam satu kotak dan letakkannya jauh dari pandangan.
4. LUASKAN KENALAN BARU
Jika dahulu anda sering berkepit dengan si dia hingga and tiada teman lain. Jadi inilah masanya untuk mengenali kawan baru.
Memang susah pada mulanya, tapi anda boleh melakukannya langkah demi langkah.
5. DEKATKAN HUBUNGAN DENGAN ORANG SEKELILING
Apabila sudah berpisah, ambil peluang ini untuk merapatkan semula hubungan dengan keluarga, kawan-kawan lama atau saudara-mara yang jarang berjumpa.
Hargai mereka yang selama ini sentiasa berada di sekeliling anda.
6. ASAH BAKAT ATAU HOBI ANDA
Tips putus cinta yang satu ini selalunya memang berkesan.
Sibukkan diri dengan mencari hobi baru atau kembali meneruskan minat yang sudah lama ditinggalkan dek sibuk bercinta.
Travel, main gitar, melukis, atau lakukan apa saja yang anda minat sebagai terapi.
7. MINTA BANTUAN ATAU SOKONGAN
Sokongan daripada mereka yang rapat seperti ibu bapa misalnya mampu merawat luka di hati dan melupakan si dia.
Mungkin ada yang malu untuk meluahkan perasaan. Tapi, percayalah. Pelukan daripada mereka pun dah cukup menenangkan.
8. ELAK SIMPAN MARAH ATAU DENDAM
Biasanya apabila ada perasaan negatif ini, memang sukar untuk anda move on.
Jadi, redhalah dengan apa yang terjadi dan anda akan lebih tenang dan mudah melupakan si dia.
Sesungguhnya, perancangan Tuhan itu lebih hebat daripada perancangan kita.
9. JANGAN HUBUNGI SI DIA
Menghubungi si dia meskipun sudah tidak bercinta menyebabkan anda tidak akan move on apatah lagi untuk melupakannya.
Sebaiknya, elak berkomunikasi dengan cara apa jua pun.
AMBILLAH SEBERAPA BANYAK MASA PUN,
Kerana memang sukar untuk melupakannya si dia yang tersayang namun dengan kesabaran danmasa, anda boleh melupakan semua kenangan dan si dia sedikit demi sedikit.
Seterusnya bangkit lebih bersemangat dengan kehidupan anda.
Semoga tips putus cinta ini sedikit sebanyak dapat membantu merawat luka di hati.