Berputus Harap? 7 Perkara Ini Perlu Jauhi Kalau Nak ‘Move On’


Menghadapi kesedihan



Menghadapi kesedihan akibat gagal bercinta? Tidak mendapat keputusan yang diharapkan dalam peperiksaan? Melakukan kesilapan besar? Bisnes tak untung? Belum dikurniakan zuriat? Prestasi kerja merudum? Kehilangan orang tersayang? Menghidapi penyakit kronik?
Banyaknya sebab! Terlalu banyak. Kalau diikutkan, ada saja sebab yang boleh membuatkan kita berasa tidak tentu arah, kecewa, putus asa, sehingga ada kalanya kita seperti berharap masa akan berhenti seketika. Lebih parah, ada yang memilih untuk tidak mahu meneruskan kehidupan.
Menghadapi kesedihan ternyata bukanlah sesuatu yang mudah. Jika kita tidak bijak menanganinya, ia boleh membawa kepada kemurungan dan stres yang berpanjangan.

Bagaimanakah cara terbaik untuk bersabar dalam menghadapi kesedihan, seterusnya bangkit dan bersemangat semula? Di sini ada beberapa langkah untuk ‘move on’.
Foto Kredit: jugglingmom.com
Foto Kredit: jugglingmom.com

MENGHADAPI KESEDIHAN: 7 PERKARA KENA JAUHI KALAU NAK ‘MOVE ON’!

1. GOYAH PADA KETENTUAN TUHAN

Firman Allah swt yang bermaksud : “ Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Thagabun : 11)
Pertama sekali. kita perlulah redha dan menerima hakikat.
Anggaplah setiap ujian atau kegagalan yang dihadapi akan beransur pulih apabila kita menyakini dan meletakkan diri kita sebagai hamba.
Ini kerana, apabila kita menyedari bahawa suatu ketetapan hanya akan berlaku dengan izin Allah, maka kita akan berlapang dada dalam menerimanya. Malah, Allah saja yang tahu rencana yang lebih baik untuk kita.

2. HADAPINYA SEORANG DIRI

Foto Kredit: shortday.in
Foto Kredit: shortday.in
Benar, sifat sabar tentunya lebih mudah untuk kita lafazkan daripada mempraktikkannya. Tapi, ramai yang cenderung bersabar dan bertahan seorang diri hingga memusnahkan diri sendiri.
Jika anda memerlukan seseorang, hubungilah mereka. Luahkan segala kesedihan yang terbuku di hati. Sekurang-kurangnya anda akan berasa lega. Sebuah pelukan pun sudah cukup meringankan beban di bahu!

3. BERPELUK TUBUH

Sekali gagal tidak bererti akan gagal selamanya. Sedangkan ramai ilmuan dan tokoh-tokoh terkenal mengakui bahawa kegagalan disifatkan sebagai ‘guru’ yang paling banyak mengajar mereka.
Kita boleh mengatur strategi dalam memperbaiki diri. Selain itu, tanyakan pendapat orang yang kita percayai supaya mereka dapat memberi pandangan yang ikhlas terhadap perkara yang sedang kita lalui.

4. MEMBANDINGKAN DIRI DENGAN ORANG LAIN

“Kenapa aku yang ditakdirkan sebegini?” “Kenapa mereka dilahirkan lebih pandai?” “Tengoklah dia, sekejap saja sudah kaya tanpa perlu bersusah payah.” 
Suara-suara begini selalunya muncul apabila kita membandingkan kita dengan orang lain. Tanpa disedari, kita hanyalah menilai seseorang daripada luaran.
Untuk memastikan kita berada di landasan yang betul, janganlah bersangka buruk dengan takdir. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh mengambil jalan mudah untuk menyalahkan orang lain.

5. TERPERUK DI RUMAH

Foto Kredit: huffingtonpost.com
Foto Kredit: huffingtonpost.com
Tidak kiralah apa pun masalah anda, cuba ambil masa untuk berhenti seketika dan  nikmati keindahan alam! Pergi bersiar-siar di taman, bercuti di pantai, ‘snorkelling’, dan sebagainya.
Beriadah dan bersenam juga adalah salah satu cara sihat untuk menghadapi kesedihan.

6. DENGAR LAGU SEDIH

hadapi kesedihanFoto Kredit: quotesgram.com
Jauhi minda negatif, walaupun dalam bentuk lagu. Sebaliknya, cari lagu-lagu yang ceria dan bersemangat.
Selain itu, anda boleh mencari poster-poster motivasi, dan menjadikannya ‘wallpaper’ pada telefon bimbit atau komputer anda. Anda melihatnya setiap hari, maka ia secara tidak langsung menjadikan minda anda lebih bersemangat!
Jika minat membaca, carilah kisah cabaran yang pernah berlaku pada tokoh-tokoh terkenal sebagai renungan supaya kita sentiasa bersyukur dan tidak mudah mengalah.

7. ASYIK MENANGIS TAPI LUPA NAK BERDOA

Foto Kredit: thoughtcatalog.com
Foto Kredit: thoughtcatalog.com
Kalau anda belum pernah menangis semasa bersolat atau berdoa, inilah masanya. Paksakan diri, mengadulah sepuas-puasnya di hadapan Allah untuk memohon petunjuknya.
Percayalah, anda akan dapat merasakan kelegaan yang luarbiasa apabila melakukannya.
Ini kerana kita tidak akan pernah berpuas hati jika mengharapkan sesuatu daripada makhluk. Tetapi, kita tidak akan sesekali kecewa jika mengadu dengan Allah.
Sebenarnya, anda bebas menuturkan apa saja dalam bahasa anda supaya doa terasa lebih dekat di hati.
Selain itu, elok juga menambahkan ayat-ayat daripada Al-Quran. Ini antara doa yang boleh dibacakan ketika menghadapi kesedihan:
doa menghadapi kesedihan
Kita juga boleh membaca Ayat Seribu Dinar untuk memohon supaya dipertemukan jalan keluar daripada kesulitan yang melanda.
Ayatnya berbunyi:
Surah At-Talaq: Ayat 2-3
Surah At-Talaq: Ayat 2-3
{2}……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

AYUH, BANGKIT!

Menghadapi kesedihan
Foto Kredit: imagefully.com
Walau apa pun yang dialami, percayalah kita mampu untuk menghadapi kesedihan tersebut. Oleh itu, bangkitlah dan terus-menerus pandang ke hadapan. ‘Move on’!
Sebagai manusia biasa, kita memang akan menghadapi kesedihan. Yang membezakannya adalah cara kita melalui detik-detik sukar tersebut. Sesungguhnya, ada ganjaran yang tersembunyi di sebaliknya!
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar”  (Al-Baqarah: 155).