6 Sebab Setiap Bapa Mesti Travel Dengan Anak. Tapi, Jangan Bawa Isteri!


kisah pengembaraan stefen chow


Kalau seorang ibu bawa anak pergi ke mana-mana sendirian, mungkin ianya perkara biasa kerana anak memang dah biasa berada bawah jagaan ibu.
Tapi, lain pula ceritanya kalau seorang bapa yang membawa anak mereka – tanpa ibunya, tentu akan ada yang memandang dua kali dan mengingat wajahnya sampai bila-bila.
Begitulah kisah pengembaraan Little Chow, 2 tahun, yang mengembara berdua bersama bapanya,Stefen Chow, selama 8 hari dari Beijing ke Taiwan.
Kisah pengembaraan yang memberi inspirasi ini telah menjadi paparan muka depan di pelbagai blog dan media di seluruh dunia.
Kita juga boleh mempelajari tips bercuti dengan anak kecil melalui perjalanan beliau.

Inilah kami berdua, dengan segala keperluan selama 8 hari. Di Taiwan, Luo Dong. / Foto Kredit: huffingtonpost.com

KISAH PENGEMBARAAN BERMULA!

Stefen Chow yang juga seorang jurugambar profesional ini berpendapat bahawa cara yang terbaik untuk mengajar anaknya tentang ilmu yang dimiliki adalah melalui pengalaman dan pendedahan kepada dunia luar.
Si ayah ini mengambil keputusan untuk pergi berdua bersama anaknya apabila isterinya terpaksa bekerja pada musim cuti tersebut.
Aktiviti mereka mudah dan santai.
Mereka berbasikal di sekitar pantai, melawat ladang, menaiki bot nelayan, mengejar kereta api, mendaki gunung, dan berkhemah, seperti dalam catatan asalnya:
“We ended up cycling along the eastern coast of Taiwan, hung out with baby animals in a farm, went onto boats of fishermen, chased for trains, climbed hills and sheltering together from a storm and had more giggles than tantrums.”
Walaupun ringkas, ini adalah salah satu kisah pengembaraan paling hebat yang pernah dilalui oleh si ayah, dan ianya satu-satunya kenangan yang takkan dilupakan bersama anaknya.

Little Chow, 2 tahun, lebih selesa di tempat duduk tepi tingkap. / Foto Kredit: huffingtonpost.com

6 SEBAB AYAH PERLU BAWA ANAK PERGI MENGEMBARA. YA, TANPA BAWA IBU!

Ini adalah perkara yang dipelajarinya sepanjang perjalanan tersebut.

1. MENEMUI CARA BERKOMUNIKASI YANG ISTIMEWA

Sepanjang perjalanan bersama anaknya, Stefen berazam untuk membuka minda dan memberi peluang kepada anaknya untuk turut membuat keputusan.
Tak disangka, anak sekecil ini sebenarnya lebih cerdik, lebih memahami, dan memiliki perasaan belas kasihan.
Malah, Stefen mendapati si anak lebih bijak memberi respon apabila mereka berkomunikasi dengan ‘bahasa orang dewasa’ dan pemikiran rasional.

Makan malam sempena Krismas di Hua Lien, Taiwan. / Foto Kredit: huffingtonpost.com

2. MENGHILANGKAN RASA TAKUT

Pertama kali Stefen memberitahu tentang cadangannya untuk membawa si anak mengembara ke negara jiran, inilah reaksi yang didapatinya:
“Eh, macamana anak nak tidur nanti? Dia perlukan ibunya!”
“Alah, tunggu dah besar nantilah. Nanti meragam pula si anak kecil tu.”
Tentulah sedikit sebanyak Stephen berasa gementar kerana tidak pernah membawa si anak berjauhan daripada ibunya.
Bayangkanlah, apabila berada di tempat baru yang meletakkan kedua-dua kami di luar keselesaan, kami terpaksa bergantung antara satu sama lain.
“Apapun, cabaran ini menguatkan lagi hubungan antara kami dan menjadikan kami lebih bertolak-ansur.”

3. ANAK LEBIH BIJAK MENYESUAIKAN DIRI

Menurut Stefen, sudah menjadi tradisi dalam rakyat Asia di mana ibu bapa akan mengorbankan segala-galanya demi si anak.
Namun, beliau percaya bahawa si anak tidak sepatutnya dilayan sebegitu kerana ia menjadikan mereka terlalu manja, terlampau selesa, dan susah menyesuaikan diri dengan keadaan kesusahan.
Secara tidak langsung, kisah pengembaraan ini menjadikan anaknya belajar untuk ‘hidup’ di dunia sebenar.

Little Chow teruja untuk memberi wang kepada ‘buskers’ apabila mendapat tahu mengapa mereka berbuat demikian. / Foto Kredit: huffingtonpost.com

4. BERPELUANG MENJADI ‘BAPA’ SEBENAR

“Saya tak mengandungkannya selama 9 bulan. Jadi, selama itu saya hanya menjadi ‘penyokong’ kepada isteri saya. Sedikit sebanyak, saya berasa terasing dan ketinggalan. Anak menjadi lebih rapat dengan ibunya, dan saya pula sering menjadi pilihan terakhir.”
Dalam pengembaraan sebegini, saya berpeluang menjadi satu-satunya pilihan yang ada untuknya.
Tentulah, saya perlu menukar lampinnya, membuat susunya, dan menidurkannya –  tapi ini tidak sesukar mana, berbanding pengalaman untuk menjaganya sebagai seorang bapa, sendirian.

Ya, ada masanya si kecil boleh menjadi nakal sedikit. Tapi, ia adalah normal dan ianya masih boleh dikawal. / Foto Kredit: huffingtonpost.com

5. LEBIH MENGHARGAI ISTERI DAN IBU

“Saya masih tak secekap ibunya (dalam urusan rumah tangga). Tapi benar, pengalaman ini menjadikan rasa penghargaan terhadap isteri dan ibu saya lebih mendalam.”
Melalui perjalanan inilah beliau menjadi lebih ‘alert’ dengan setiap perkara yang berlaku di sekelilingnya serta anaknya.
Secara keseluruhannya, kisah pengembaraan ini membantu beliau melihat personaliti si anakdaripada perspektif berbeza dan lebih kompleks, berbanding sebelum ini.

6. MEMBINA ‘PERSAHABATAN’ YANG KUKUH

Stehen dan anaknya bukanlah mempunyai hubungan ayah-anak yang bermasalah sebelum ini.
Tetapi semenjak pulang daripada pengembaraan ini, si anak menjadi lebih rapat dengan si ayah.
Isterinya juga bersetuju bahawa ia meninggalkan impak mendalam kepada kedua-dua insan ini.

Little Chow sangat sukakan pantai. Saya menunjukkan peta di mana kami berada dan menyedari bahawa di depan sana adalah pinggiran pantai Amerika. / Foto Kredit: huffingtonpost.com

KISAH PENGEMBARAAN PENUH INSPIRASI!

Menarik, kan? Bukan calang-calang bapa dapat bawa anak sekecil 2 tahun ke luar negara.
Atas sebab-sebab ini, Stefen Chow juga mengerahkan ibu bapa untuk menggalakkan bapa-bapa lain di luar sana untuk mengembara bersama anak mereka – tanpa bawa ibu.
Seperti dalam notanya yang berbunyi:
“Wives and mothers, if you want your partner to understand how it feels to be the default caretaker, convince your husband to take a trip with your child — and without you.”
(Para isteri dan ibu, jika anda mahu pasangan anda memahami perasaan anda menjadi penjaga anak-anak pada kebanyakan masa, yakinkan suami anda untuk bawa anak travel bersama mereka – dan tanpa membawa anda.)
Semoga kisah pengembaraan ini memberi inspirasi kepada semua!