HAHAHAH....INI KELAKAR HABIS TAPI MEMANG BETUL !! NENEK MOHON GANTI RUGI SELEPAS DILANGGAR KERETA MAINAN ...



HUNAN - Seorang wanita warga emas menjadi bahan kritikan netizen di negara itu selepas videonya meminta pampasan yang tidak sepatutnya viral di media sosial. 

Dalam video tersebut, wanita warga emas itu meminta orang ramai menghubungi ambulans sementara tangannya menahan kereta mainan itu bagi mengelakkan pemandunya seorang kanak-kanak perempuan dari melarikan diri. 
Wanita terbabit sanggup bertelagah dengan ibu bapa kanak-kanak terbabit dan mendakwa anak mereka bersalah dalam kejadian itu.

"Anak awak memandu kereta ini tanpa lesan dan laju sehingga melanggar kaki saya," katanya.

Netizen pula menyifatkan tindakan wanita warga emas itu terlalu terdesak mahukan wang sehingga sanggup memalukan diri dan memberi contoh yang tidak baik pada kanak-kanak. 

"Dia nak minta pampasan apa dari budak itu? Gula-gula? Gila punya orang," kata netizen. - PIXEL MEDIA