7 Fakta Tentang Muhammad Ali. Peninju Lagenda Penuh Inspirasi


Foto Kredit: wineandbowties.com


Hari ini kita diberitakan dengan pemergian Muhammad Ali, peninju terkenal yang telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.
Difahamkan beliau telah mengalami masalah pernafasan sejak beberapa hari sebelumnya.
Malah sumber daripada Astro Awani menyatakan bahawa beliau telah mula berulang-alik ke hospital sejak tahun 2014 selepas mengalami radang paru-paru dan sekali lagi dimasukkan ke hospital pada 2015 untuk jangkitan saluran kencing.
fakta tentang muhammad ali 11

7 FAKTA TENTANG MUHAMMAD ALI. PENINJU LAGENDA YANG PENUH INSPIRASI

Tahukah anda, selain daripada penglibatan beliau dalam sukan tinju, beliau telah  bergiat aktif sebagai aktivis kemanusiaan yang menjadi sumber inspirasi kepada ramai.
Berikut adalah 7 fakta tentang Muhammad Ali yang penuh inspirasi.

1. MEMELUK ISLAM SEKITAR TAHUN 1964

Mungkin ramai tak tahu bahawa nama sebenar Muhammad Ali ialah Cassius Marcellus Clay Jr.
Menurut laman web biography.com, sejak tahun 1964 beliau telah melalui sebuah fasa ‘pencarian’ dan mula mendalami Islam. Ketika ini, beliau menggelarkan dirinya ‘Cassius X’.
Setelah menemui hidayah, belia akhirnya memeluk Islam pada usia pada sekitar usia 30-an, dengan menggunakan nama Muhammad Ali.
Foto Kredit: mbc.net
Foto Kredit: mbc.net

2. PERNAH DIPENJARAKAN KERANA ENGGAN BERKHIDMAT UNTUK TENTERA

US Department of Justice pernah menyabitkan kesalahan terhadap Muhammad Ali kerana enggan berkhidmat dalam pasukan tentera Amerika Syarikat untuk menyertai Perang Vietnam pada tahun 1967.
Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun, tetapi kemudian dilepaskan pada 1971 atas permohonan rayuan. Semasa dijatuhkan hukuman juga, karier beliau sedang meningkat naik.
Akibat daripada insiden ini, lesen peninju beliau juga telah digantung dan Muhammad Ali tidak dapat beraksi di gelanggang selama 3 tahun.
Muhammad Ali berkeras untuk tidak berkhidmat dalam peperangan tersebut kerana beliau sudah mula mempraktikkan ajaran Islam dan secara prinsipnya, beliau tidak mahu terlibat dalam kegiatan penindasan dan keganasan di perang Vietnam.
Ini menunjukkan beliau mendahulukan kepercayaannya berbanding karier dan sanggup mengambil risiko untuk dipenjarakan.
fakta tentang muhammad ali
Foto Kredit: godfatherpolitics.com

3. SATU-SATUNYA NAMA ‘WALK OF FAME’ YANG DIABADIKAN PADA DINDING

Muhammad Ali membuat keputusan untuk bersara setelah menjadi ahli gusti pertama yang menjuarai Heavyweight Championship sebanyak 3 kali.
Sejak itu, bermulalah pembabitan beliau dalam Muhammad Ali Parkinson Center, Make-A-Wish Foundation, dan Special Olympics.
Beliau juga pernah dipilih sebagai United Nations Messenger of Peace kerana jasa beliau di lapangan kemanusiaan dan membantu membangunkan negara-negara dunia ketiga.
Selain itu, beliau juga pernah dianugerahkan Presidential Medal Of Freedom oleh Presiden US, George Bush pada tahun 2005.
Independent.co.uk melaporkan beliau telah memecahkan tradisi dengan menjadi satu-satunya bintang ‘Walk Of Fame’ yang diabadikan namanya di dinding, bukan terukir di lantai seperti 2500 selebriti lain. Ini kerana beliau membawa nama Nabi Muhammad SAW dan tidak mahu nama tersebut dipijak-pijak.
Foto Kredit: siasat.pk
Foto Kredit: siasat.pk

4. MEMPERTAHANKAN ISLAM DI AMERIKA

Walaupun terkenal dengan sukan tinju, tetapi ramai yang telah mengaguminya kerana kelantangan beliau dalam menyuarakan kelantangan beliau terhadap racism, peperangan, dan anti-keagamaan di negara yang amat terkenal dengan Islamofobia, Amerika.
Beliau pernah  mengeluarkan kenyataan mengkritik Donald Trump yang mengesyorkan pengharaman Muslim ke negara tersebut.
“Kita sebagai Muslim perlu berdiri menentang mereka mempergunakan Islam untuk agenda peribadi,”katanya.
Foto Kredit: notey.com
Foto Kredit: notey.com

5. MENARIK BALIK GELARAN ‘THE GREATEST’

Meskipun Muhammad Ali terkenal dengan gaya membanggakan diri sebelum bertinju, tetapi ini adalah tindakan untuk menambah rasa percaya dirinya. Sebenarnya, Ali adalah seorang yang rendah hati, sangat memegang teguh ajaran agama, penyayang, dan sangat aktif dengan aktiviti kemanusiaan.
Beliau yang pernah menggelarkan dirinya sebagai ‘The Greatest’ pada suatu masa dahulu menarik balik gelaran tersebut atas anjuran para ulama’.
Tidak lama selepas bersara, Muhammad Ali telah menghidap penyakit Parkinson’s selama 32 tahun, di mana kesannya menjadikan beliau tidak dapat bergerak dan bertutur dengan baik.
“Aku pernah menakluki dunia. Tapi itu tidak memberi kepuasan kepada ku. Tuhan menganugerahkan penyakit ini untuk mengingatkan bahawa aku bukanlah ‘The Greatest’ tetapi Dia”.
fakta tentang muhammad ali
Foto Kredit: vk.com

6. NASIHAT KEPADA ANAKNYA PEREMPUANNYA

Salah seorang anak perempuan Muhammad Ali pernah menceritakan sebuah insiden di mana salah seorang daripada mereka sedang berpakaian agak terdedah di rumah.
“….Ayah kami memerhatikan kami. Kemudian beliau menyuruh aku duduk di ribanya dan berkata sesuatu yang tidak akan pernah aku lupakan. Beliau melihat terus ke dalam mataku dan berkata:
Hana, semua benda yang paling berharga di dunia ini Tuhan jadikan ianya susah untuk dijumpai dan didapatkan. Di mana kamu boleh memperoleh permata? Jauh di dalam tanah, tertutup dan terlindung. Di mana kamu boleh mendapatkan mutiara? Jauh di dasar laut, tersimpan rapi di dalam kerang yang tertutup elok dan sempurna. Di mana kamu boleh mendapatkan emas? Jauh di dalam lombong, di bawah lapisan batu-batuan yang sukar diambil.
Kemudian beliau memandang mataku dengan wajah yang serius: “Tubuh kamu adalah sesuatu yang amat berharga. Kamu lebih berharga daripada permata dan mutiara. Jadi, kamu patut menutupi tubuhmu.”
fakta tentang muhammad ali
Muhammad Ali juga adalah seorang bapa yang penyayang. Beliau dikhabarkan mempunyai 9 orang anak dan seorang anak angkat. / Foto Kredit: saudiembassy.net

7. HANYA MEMPUNYAI SEORANG ‘BODYGUARD’

Saya teringat salah sebuah temubual beliau ketika beliau masih sihat dahulu.
Beliau pernah ditanya, “Berapa ramai bodyguard yang kamu ada?”
Muhammad Ali pada awalnya membuat gaya tangan sedang mengira sambil wajahnya menunjukkan reaksi serius. Namun, beliau kemudian tersenyum dan berkata.
“Hanya seorang. Dia tidak mempunyai mata, tapi Melihat. Dia tidak mempunyai telinga, tapi Mendengar. Dia mengingat semuanya walaupun tiada memori. Apabila Dia ingin melakukan sesuatu, Dia akan hanya memerintahkan dan ia akan berlaku…. Dia mendengar semua rahsia yang tersimpan di dalam hati. Itulah Tuhanku, Allah. Dialah ‘bodyguard’ (pengawal)ku. Dia juga pengawalmu.”
Foto Kredit: vk.com
Foto Kredit: vk.com

LEBIH DARIPADA SEKADAR SEORANG PENINJU

Setelah mengetahui fakta tentang Muhammad Ali, tentu anda setuju bahawa beliau bukan saja seorang yang telah menginspirasikan orang ramai yang berminat dalam sukan tinju, malah ramai lagi orang yang amat terkesan dengan pemergiannya.
Ternyata, beliau adalah salah seorang lagenda yang telah meninggalkan legasi yang unggul dalam prinsip hidupnya sebagai seorang insan yang hebat.
“Float like a butterfly, sting like bee” akan selamanya diingati!
fakta tentang muhammad ali 10
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Insha Allah.