(SAYU) SELAMAT JALAN SAYANG .. TERIMA KASIH YA ALLAH PINJAMKAN AKU ISTERI 1 BULAN 8 HARI (5GAMBAR)



Gurun: Tiada siapa menduga apa yang akan berlaku doa yang diungkap rupa nya duka buat dirinya namun ini sudah ketentuan yang maha esa terpaksa ditempuhi jua walaupun tanpa rela.
Coretan seorang pengantin baru yang mendoakan agar suaminya sentiasa tabah, kuat dan berserah kepada Allah di laman Instagramnya menjadi petanda kematiannya akibat serangan jantung di rumah sewa mereka di Taman Puteri Lagenda, di sini, Isnin lalu.






Dalam kejadian jam 10.30 pagi, Nafisah Salleh, 23, yang baru bernikah pada 16 September lalu dan menghitung hari untuk majlis persandingan bulan depan, ditemui tidak sedarkan diri di ruang tamu rumah berkenaan oleh ibunya, Faziah Abdullah, 56, yang datang menghantar bubur caca diminta arwah sebelum itu.
Difahamkan, majlis persandingan pihak perempuan bakal diadakan 8 Disember depan manakala di pihak lelaki pula dua hari kemudian. Suami arwah, Mohd Syafirul Salleh, 23, ketika ditemui berkata, dia dan isterinya lebih sebulan tinggal di rumah sewa itu selepas berpindah dari rumah ibu bapa masing-masing beberapa hari selepas majlis akad nikah.
Katanya, ketika kejadian, isterinya bersendirian di rumah kerana dia keluar bekerja di sebuah bank di Gurun sebelum ibu mentua menghubunginya dan memaklumkan arwah pengsan di rumah. Semoga En Syafirul terus tabah dengan apa yang berlaku mereka hanya sempat bersama 1bulan 8hari sebagai suami isteri semoga merek berdua dipertemukan disyurga pula. Al fatihah

sumber mynetwork1988.