JAWAPAN: -Bismillah was shalatu was salamu 'ala rasulillah, amma ba'du,Zina termasuk salah dosa besar dalam Islam. Kerana itu, dosa zina mendapatkan hukuman khusus di dunia. Sebat 100 kali bagi penzina yang belum berkahwin (ghairu muhshon), dan rejam bagi penzina muhshon (yang sudah berkahwin).Lebih dari itu, setiap orang yang melakukan perbuatan dosa, dia diwajibkan untuk bertaubat. Dan cara yang diajarkan oleh islam untuk menghapuskan dosa besar adalah dengan bertaubat. Allah berfirman,إن تجتنبوا كبائر ما تنهون عنه نكفر عنكم سيئاتكم وندخلكم مدخلا كريماJika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (surga). (QS. An-Nisa: 31).Ayat ini menjelaskan, syarat dihapuskannya kesalahan adalah bertaubat, dengan meninggalkan dosa yang dilakukan.Taubat secara bahasa artinya kembali. Orang yang bertaubat, bererti dia kembali dari kemaksiatan, menuju aturan Allah, diiringi memohon ampun kepada-Nya.Rukun Utama Taubat Ada 3:An-Nawawi mengatakan,وقد سبق في كتاب الإيمان أن لها ثلاثة أركان: الإقلاع, والندم على فعل تلك المعصية, والعزم على أن لا يعود اليها أبدا"Dalam kitab al-Iman disebutkan bahawa taubat mempunyai 3 rukun: al-Iqla '(meninggalkan dosa tersebut), an-Nadm (menyesali) perbuatan maksiat tersebut, dan al-Azm (bertekad) untuk tidak mengulangi dosa yang dia taubati pada selama-lamanya. (Syarh Shahih Muslim, 17/59)Berikut penjelasan lebih rincinya,Pertama, al-Iqla '(Meninggalkan dosa yang pelakunya untuk bertaubat).Inilah bukti keseriusan taubatnya. Meninggalkan dosa yang dia lakukan. Seorang pegawai bank, belum dikatakan bertaubat dari riba, selama dia masih aktif kerja di bank. Seorang penzina belum dikatakan bertaubat dari zina, sementara dia masih rajin berzina.Imam Fudhail bin Iyadh menyatakan:"Istighfar tanpa meninggalkan kemaksiatan adalah taubat para pendusta."Kedua, al-Nadm (Mengakui kesalahan dan menyesali perbuatannya)Orang yang tidak mengakui dosanya, dia tidak akan menyesali perbuatannya.Dengan menyesal, dia akan bersedih jika teringat dosanya. Termasuk bahagian dari penyesalan itu adalah tidak menceritakan dosa tersebut kepada orang lain, apalagi membanggakannya. Dan jika dosa itu dicetuskan kerana komuniti dan persekitaran, dia akan meninggalkan alam sekitar komunitinya.Bentuk penyesalan penzina adalah dengan menghindari segala yang boleh mencetuskan syahwatnya.Ketiga, al-Azm (Bertekad untuk tidak mengulangi dosanya)Jika seseorang berhenti dari dosanya, sementara dia masih punya harapan untuk melakukannya jika masa membolehkan, maka dia belum disebut taubat.Seseorang yang bertaubat dari pacaran ketika ramadhan, dan akan kembali pacaran usai ramadhan, belum disebut bertaubat.
Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang baik dan mendengar kata-kata ibu bapanya. Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.
Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan merasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.
Tetapi, sejauh mana kita boleh mematau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang dapat menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala soasial. Jom kita amalkan doa di bawah ini.
1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ash-Syura ayat 19
“ Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ( menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.
Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.
Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.
2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.
Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku(sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. (sebut namanya).”Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu.
3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal
Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”
Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud
“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”
4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat
Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.
“ Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab(hari kiamat).
Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.
5. Doa anak taat perintah Allah
Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;
Surah Al-Baqarah ayat 128.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.
6. Doa agar anak dengar kata
Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.
“ Kami berfirman, Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim.
Atau Al-Hasyar ayat 22-24
“ Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, yang memiliki segala keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, yang mempunyai Hasmaul Husna, bertasbih kepadanya, apa yang ada di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.
7. Doa memohon rahmat dan keberkatan
Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Bolehlah amalkan surah di bawah ini.
Surah Al-Imran ayat 8-9
“ Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Akhir kata
Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.
Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmat sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.
Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin.
Ketika itu Empayar Ottoman/Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki.
Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist.
Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional.
Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.
Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.
Dosa Mustafa Kamal:
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak Barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang Barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya, “Siapa Tuhan dan di mana Tuhan tinggal?” Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab, “Kamal Atartuk adalah Tuhan,” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang!
Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayat ini diawet selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dengan itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.
Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawet sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di bawah batu marmar.
Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Mustafa Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.
Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa
“Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi.
Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.
Benarkah panggilan bonda terlarang untuk muslim?Lantaran beberapa anak ada yang di ajarkan memanggilnya ibunya dengan panggilan bonda. Beberapa mengkritik hal semacam ini lantaran panggilan seperti ini iaitu panggilan di kelompok Nasrani, seperti panggilan untuk Bunda Maria. Panggilan untuk Ibu Berkaitan dengan permasalahan AdatHingga undang-undang yang berlaku seperti apa yang disebutkan oleh Ibnu Taimiyah, وال'أص'ل في ال'عادات لا يح'ظر من'ها إلا ما حظره الله"Undang-undang asal kebiasaan (rutin orang-orang) yaitu tidaklah permasalahan sepanjang tak ada yang dilarang oleh Allah di dalamnya" (Majmu'ah Al-Fatawa, 4: 196).Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata juga, وأما ال'عادات فهي ما اع'تاده الناس في دن'ياهم 'مما يح'تاجون إلي'ه وال'أص'ل فيه عدم ال'حظ'ر فلا يح'ظر من 'ه إلا ما حظره الله سب'حانه وتعالى"Adat yaitu rutin manusia dalam soal dunia mereka yang mereka perlukan. Undang-undang asal rutin ini iaitu tak ada larangan terkecuali bila Allah melarangnya. "(Majmu'ah Al-Fatawa, 29: 16-17) Guru penulis, Syaikh Sa'ad bin Nashir Asy-Syatsri berkata,"Undang-undang asal kebiasaan iaitu boleh, tak kita katakan harus, tak juga haram. Undang-undang boleh dapat dipalingkan ke undang-undang yang lain bila (1) ada dalil yang memerintah, (2) ada dalil yang melarang. "(Syarh Al-Manzhumah As-Sa'diyyah, hal. 88). Sedang untuk panggilanbonda sekalipun tak ada dalil tegas yang melarangnya.Bagaimana bila alasannya itu tasyabbuh (meniru-niru) Nasrani lantaran panggilan Maria di kelompok Nasrani iaitu dengan Bunda Maria. Peraturan Tasyabbuh Mesti DifahamiSyaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin rahimahullah berkata, "Pegangan tasyabbuhadalah bila lakukan suatu hal sebagai kekhususan orang yang ditiru. Umpamanya, tasyabbuh pada kafir yaitu apabila seseorang muslim lakukan suatu hal sebagai kekhususan orang kafir. Mengenai bila suatu perkara telah merebak di tengah-tengah golongan muslimin serta itu tak jadi ciri khas atau pembeza dengan orang kafir, jadi tak akan dimaksud tasyabbuh.Sekian itu tidaklah dihukumi sebagai tasyabbuh, tetapi mungkin saja dinilai haram dari segi lain. "(Majmu 'Fatawa Syaikh Ibnu' Utsaimin, 3: 30) Pada masa ini, adakah yang boleh menyampaikan bila ada seseorang ibu yang di panggil "bunda" oleh anaknya, lalu dituduh, "Ooh, orang itu non muslim yah"?Pasti tak ada yang menyebutkan seperti itu. Panggilan bonda masihlah sama kedudukannya dengan panggilan ibu, ibu, mbok, mam, dan lain-lain. Bila non-muslim menggunakannya, bukanlah bermakna seseorang muslim dilarang menggunakannya lantaran panggilan itu yaitu panggilan umum tanpa ada melihat agama. Bila ada yang memanggil ibunya dengan ummi (ibu), ia juga boleh-boleh saja.Mudah-mudahan berguna. Hanya Allah yang memberi taufik serta hidayah.
PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia ! Ini diantara petanda Kiamat yang sudah semakin hampir tiba dengan kita. Semoga kita semua tidak lagi lalai dan leka dengan hal duniawi sahaja.
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
Terletak di Al Ain, sebuah bandar oasis pedalaman yang merupakan sebahagian daripada Emiriah Abu Dhabi, Wadi Adventure adalah taman tema yang terbesar di dunia dengan gelombang ombak tiruan, sungai untuk berkayak, kolam kanak-kanak dan dewasa serta di lengkapi pelbagai kemudahan permaian lasak.
artikel dalam blog ini hanyalah sekadar perkongsian dari pelbagai website dab Bloq yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masayrakat umum. sekiranya perkongsian artikel yang diaparkan disalahertikan , kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih