Sekeping foto yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter bernama ImanNadieyaHassan menjadi sangat viral.
Ini apabila pengguna Twitter itu menunjukkan foto sekumpulan remaja cantik belasan tahun selfie beramai-ramai.
Yang menjadi tarikan dan bualan orang ramai ialah wajah mereka tidak setanding dengan umur mereka.
Mereka kelihatan bersolek tebal, bergaya dan seperti gadis berusia 20-an walhal umur mereka hanyalah baru 16 tahun sahaja.
Apabila menjadi viral, ramai yang mula perli dan menjadikan mereka troll. Maka mulalah mereka menjadi bahan ketawa dan juga dikecam orang ramai.
Biasa apabila mula popular, maka ada yang suka ada yang tak suka.
Akibat ada pihak yang tak henti henti mengecam gadis gadis ini, maka pemilik sebenar foto berkenaan tampil memberi respon balas.
Gadis ini bernama Zakirah Zainal.
Ini antara poin-poinnya:
- Dia menegaskan dia bukan membuat caption kontroversi iaitu "budak lahir 90an sila mereput sebab budak sekarang umur 16 dah lawa"
- Menegaskan tidak pernah menggunakan ayat mereput kerana baginya terlalu kasar.
- Mengatakan pengguna twitter bernama ImanNadieyaHassantelah memohon maaf.
- Dia merupakan model dan bersolek kerana untuk bergambar di sesi fotografi berbayar.
- Dia hanya make-up bila perlu bukan setiap masa.
- Bersolek untuk cari duit menerusi tutorial dan photoshot.
Jom tonton video ini:
beritamemey