Ketahui tips bagaimana anda mahu mulakan hidup baru dengan pasangan tercinta.
Jadi bermulalah kehidupan baru anda sebagai sepasang suami isteri yang sah. Rasa jangkal tak? Mulai sekarang rutin anda akan sedikit sebanyak berubah. Oh and admin nak ucapkan congrats! Selamat Pengantin Baru! Tapi sebelum itu ada beberapa perkara yang perlu anda selesaikah terlebih dahulu. Di sini ada 9 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Majlis.
Bangun Lewat
Selepas dekat setahun merancang majlis perkahwinan anda, akhirnya terlaksana juga. Berbaloi penat lelah anda dan pasangan plan untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar. Jadi anda layak untuk bangun lewat hari keesokkannya, tapi jangan pula lupa solat subuh ye… Ambil masa guling-guling atas katil dengan suami/isteri anda!
Psst… Kalau nak surprise pasangan anda, bangun awal buatkan sarapan pagi dan hantarkan ke katil.
Instagram/Facebook
Check instagram dan facebook untuk gambar-gambar yang telah diupload oleh tetamu yang hadir. Memang anda telah melantik photographer, adakalanya gambar-gambar yang diambil tetamu lebih menarik (walaupun quality abit low sebab guna camera phone) kerana mereka dapat moment-moment yang mungking photographer termiss-out.
Buka Hadiah
Ini adalah part yang sangat best! Hari jadi anda pun tak dapat hadiah sebanyak ni. Gilir-gilir dengan pasangan anda untuk seorang buka hadiah, seorang lagi tulis hadia apa dari siapa. Ini untuk menyenangkan anda apabila ingin menghantarkan kad ucapan terima kasih pada tetamu nanti.
Ucapkan Terima Kasih
Kalau wedding mat salleh, sudah menjadi adat untuk mereka hantarkan kad terima kasih kepada semua tetamu yang hadir.
Dengan senaria pemberi hadiah yang ada tadi, (jika rajin) tulis ucapan terima kasih kepada mereka. Dan yang tidak membawa hadiah tu, janganlah pula anda abaikan, mereka juga deserve kad terima kasih kerana hadir untuk memeriahkan majlis anda. Untuk senangkan kerja, anda boleh tempah stamp personalize dan hanya cop! cop! cop! sahaja. Lihat Wedding Stamp >>
Kemas Rumah
Bagi mereka yang mengadakan majlis dirumah, anda terpaksalah mengemas rumah kembali ke situasi asal. Pasti waktu kenduri haritu sofa dialih, meja dialih segala perabot dialih untuk memberi ruang. Jangan risau, sedaramara masih belum pulang ke kampung, dan anda telah mempunyai seorang suami yang gagah. Inilah masanya untuk bergotong-royong seisi keluarga.
Tips: Kalau tidak larat, anda boleh upah Cleaner Harian yang caj mengikut jam bekerja.
Kemas Barang Sewa
Selalunya barang-barang kahwin yang disewa ini perlu dipulangkan secepat mungkin, kerana kalau tidak ada caj penalty. Jadi, kemas barang-barang sewa anda dan buat jadual bila perlu dipulangkan.
Bayaran Tertunggak
Check dengan vendor anda atau gunakan Wedding Planner iKahwin untuk refer kembali vendor mana yang masih anda belum selesaikan pembayaran. Tidak sedaplah jika majlis sudah berlangsung tapi kita masih berutang. Jadi, ambil masa dan go through list-list vendor yang telah anda upah. Jika ada lagi bayaran tertunggak, tuliskan ceq atau zaman moden sekarang boleh online bank transfer, senangkan?
Derma Doorgift
Jika ada doorgift berlebihan dari majlis anda, dermakanlah pada rumah kebajikan berdekatan. Walau tak mahal mana, niat kita untuk menceriakan penduduk dirumah kebajikan itu sudah cukup bagus. Dari kita simpan dan bazir.
Daftar Kahwin
Akhir sekali, jangan lupa daftar pernikahan anda dan pasangan di Pejabat Agama Negeri. Ramai yang tertanya-tanya, dafter nikah ni sebelum ke selepas kahwin? Anda diminta daftar diri dalam masa 7 hari anda telah berkahwin. Dan pada mereka yang telah melangsungkan perkahwinan diluar negara, sila daftar dalam masa 6 bulan tarikh kahwin.
Admin harap dengan perkongsian ini anda atleast sudah tahu hala tujuan mendirikan masjid baru dengan suami/isteri tercinta. So apa plan anda seterusnya?