Baru-baru ini viral gambar sekumpulan lelaki berotot kekar atau bahasa lainnya ‘sado’ berposing di pelamin sebuah majlis perkahwinan. Gambar tersebut menarik perhatian netizen kerana ia merupakan sesuatu yang berlainan dilakukan terutamanya dalam majlis perkahwinan orang kita yang lazimnya terikat dengan budaya dan adat resam tradisional.
Kalau bridesmaids yang terdiri daripada sekumpulan gadis berpakaian sedondon mengikut warna tema majlis mungkin dah biasa kita lihat tetapi tidak bagi yang ini. Mungkinkah abang sado menayang six-pack akan menjadi trend terbaru majlis perkahwinan pada tahun 2017? Korang rasa okey ke janggal benda ni?