Setahun bukanlah masa yang singkat. pejam celik, sudah setahun. Ini 6 perkara yang anda boleh buat dalam tempoh itu.
#1: Jaga kulit
Foto: Beautiful Korean Artists
Kulit yang berseri-seri, cantik, lembut tanpa sebarang cela - tentunya kulit yang diidamkan ramai orang, baik lelaki atau perempuan. Penjagaan kulit ini memakan masa dan wang. Mungkin ada janji-janji produk-produk kecantikkan yang menawarkan jaminan untuk berkesan hanya selepas tiga bulan. Namun, adalah yang terbaik jika anda mulakan proses penjagaan kulit ini seawal mungkin. Pertama, kerana anda perlukan masa untuk melihat kesesuaian kulit anda dan produk kecantikkan tersebut. Kedua, jika kulit anda tidak sesuai dan mempunyai reaksi kulit yang tidak diinginkan, anda sekurang-kurannya mempunyai masa untuk merawatnya. Selain produk kecantikkan, anda juga sudah boleh mula memanjakan diri untuk membuat rawatan kecantikkan muka. Lebih murah dan berbaloi jika anda mengambil pakej yang memberi diskaun sekiranya anda membeli sesi rawatan kecantikkan secara pukal. Perbezaan ketara sememangnya tidak akan kelihatan hanya selepas satu sesi rawatan. Buat sesi rawatan ini sebulan sekali, atau dua bulan sekali. Selepas beberapa kali , tentunya kulit anda akan lebih bersih dan berseri.
#2: Jaga badan
Foto: Buzzfeed
Anda mahu turunkan badan? Ini masalah masa yang paling sesuai. Jika tunggu enam bulan atau tiga bulan sebelum majlis perkahwinan anda, anda akan terpaksa bekerja lebih keras dan mungkin akan dibelengu kegusaran. Jadi, mulakan usaha anda awal. Sekarang adalah masa yang terbaik. Barulah berbaloi melaburkan wang yang agak banyak untuk baju perkahwinan dan jurufoto. Lagipun, awal perkahwinan nanti tentunya akan akan berasa terlalu bahagia untuk memikirkan tentang berat badan anda.
#3: Rekod cuaca
Foto: The Journal
Jika anda bercadang untuk mengadakan 'outdoor wedding', satu tahun sebelum majlis anda adalah masa yang terbaik untuk semak jika tarikh yang anda suka itu tergolong dalam musim apa. Musim hujan ke, musim tiada air ke, musim jerebu ke. Anda boleh juga merancang majlis anda dengan lebih baik.
#4: Survey
Foto: Giphy
Anda akan mempunyai masa yang cukup jika anda mula membuat 'survey' awal. Cara termudah adalah dengan menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan anda. Caterer? Anda rasa makanan di majlis perkahwinan rakan-rakan anda. Jika anda berkenan, ambil kad-kad caterer tersebut. Apabila tarikh majlis anda sudah ditetapkan, hubungi mereka untuk mendapatkan sebut harga. Begitu juga dengan hiasan pelamin dan baju perkahwinan. Anda boleh mula mencari inspirasi daripada majlis rakan-rakan anda, majalah perkahwinan atau lebih mudah, instagram dan laman web perkahwinan.
#5: Simpan duit
Foto: College Times
Kalau anda sudah berhasrat untuk mendirikan rumah tangga, anda sudah boleh menyimpan duit dengan konsisten. Jika sebelum ini mungkin sekejap anda simpan, sekejap anda terlupa untuk menyimpan bagi tujuan berkahwin, kali ini, simpan lebih sedikit dan jadikannya antara perkara wajib bulanan anda. Biar sedikit asalkan setiap bulan ada yang disimpan. Paling kurang, anda ada sedikit duit lebih untuk perbelanjaan-perbelanjaan perkahwinan anda.
#5: Perbaiki diri anda
Foto: Rebloggy
Sebagai manusia, tentunya kita sentiasa ada ruang untuk memperbaiki diri sendiri. Sebelum bersatu dengan pasangan, dan berhasrat menjadi pasangan yang terbaik kepada pasangan masing-masing, marilah kita berusaha menjadi individu yang terbaik dan anak yang terbaik kepada ibu bapa kita terlebih dahulu. Jika sebelum ini solat anda ada yang sedikit kurang daripada yang sepatutnya, marilah kita berusaha mencukupkannya dahulu. Jika sebelum ini kita selalu mengutamakan kerja, rakan-rakan dan pasangan sebelum keluarga, anda cuba lebihkan masa untuk keluarga anda. Mudahkan urusan kedua ibu bapa anda dan senangkan hati mereka. Cuba cari kebaikkan dalam diri orang lain, walaupun mereka yang ada menyalahi anda.