Allahuakbar...(Gambar) 3 Hari Terperangkap Dalam Dinding



ONDO, NIGERIA - Heboh di media sosial tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun tersangkut dalam dinding selama tiga hari, sebelum diselamatkan oleh orang awam. Namun, tidak banyak maklumat mengenai kejadian itu menyebabkan orang ramai mula membuat spekulasi kononnya mangsa telah diletakkan dalam dinding itu menggunakan ilmu sihir. 

Bagi mendapatkan maklumat sahih, Channels Television telah pergi ke lokasi kejadian bagi mendapatkan laporan sebenar mengenai kejadian tersebut. 


Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah rumah banglo di bandar Ondo di mana pemiliknya telah berhijrah ke luar negara sejak beberapa tahun lalu. 

Menurut seorang pelajar yang tinggal berhampiran, kanak-kanak lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental itu telah terjatuh dalam ruang kecil di antara dinding rumah dengan kantin makanan di sebelahnya. 

"Kami pada mulanya mendengar suara kanak-kanak itu di dalam dinding tersebut, sebelum sekumpulan orang awam datang memecahkan dinding dan mengeluarkan mangsa," katanya. 






Tidak beberapa lama selepas diselamatkan, seorang wanita warga tua dipercayai neneknya telah datang dan membawa kanak-kanak itu pergi. 

Menurut pemilik kantin, Felicia Olaniyi, kanak-kanak lelaki itu sebenarnya telah melarikan diri dari neneknya pada petang di mana dia telah dibawa ke gereja untuk diubati.

"Dia terjatuh dalam celah dinding ketika cuba melarikan diri dari neneknya. Sebelum ditemui, ada yang terdengar suara mangsa dari dalam dinding sehingga menarik perhatian orang ramai yang kemudian membawa tangga untuk meninjau di dalamnya dan menemui mangsa," katanya. 

Menurut pihak gereja pula, wanita warga tua itu sebelum ini telah menghantar kanak-kanak itu kepada mereka untuk dirawat. Namun diambil semula selepas beberapa hari. 

Difahamkan, kanak-kanak bernama Aduragbemi Saka itu juga pernah dirujuk di hospital pakar negeri. Bagaimanapun telah dibenarkan keluar. 

Pihak Channels Television yang berjaya mendapatkan alamat rumah kanak-kanak itu cuba menemui mereka, namun gagal kerana ahli keluarganya enggan berjumpa dengan pihak media. - The Reporter