Video Dan Gambar Lelaki Ditelan Ular Sawa Hidup-Hidup


Pulau Bornoe (Sulawesi) Seekor ular sawa dengan panjang ukuran lebih 4 meter telah menelan seorang lelaki hidup-hidup.

Mangsa dikenali sebagai Akbar 25 tahun berasal dari kampung Salubiro ditemui maut di dalam perut ular sawa berkenaan.

Mangsa diketahui meninggalkan rumah sejak hari Ahad yang lalu pada jam 9 pagi menuju ke ladang sawit miliknya.

Namun pada keesokan harinya mangsa tidak pulang ke rumah dan dinyatakan hilang.

Semalam seluruh penduduk kampung telah keluar membuat pencarian mangsa dan pada jam 10.00 malam semalam penduduk kampung telah menemui seekor ular sawa dalam keadaan tidak melawan.

Pelik dengan perut ular sawa yang membesar, penduduk sebulat suara bersetuju untuk membelah perut ular berkenaan dan telah mendapati Jasad Akbar sudah tidak bernyawa.

Bagaimanapun kejadian tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis, dan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut.

Video lelaki ditelan ular sawa di Sulawesi