6 Sebab Wanita Suka Lelaki Kacak, Tapi Kahwin Dengan Lelaki Kaya!

Siapa ada kawan lelaki yang hensem tapi single lagi? Mesti ada punya.

Memang wanita suka dan tergila-gilakan lelaki hensem, tapi bila kahwin, mesti nak pilih yang kaya dan tak kisah pasal rupa. Sebab apa?

1. Rupa hensem tak semestinya stabil
Lelaki hensem ni memang ramai wanita keliling pinggang. Tapi tak semuanya mempunyai kewangan yang stabil. Bila dah ada rupa hensem, nak kena bergaya sakan. Semua duit habis untuk diri sendiri je.

2. Lelaki hensem tidak fikirkan tentang kerjaya
Pada pandangan wanita, lelaki kacak dikatakan kurang berfikir tentang kerjaya mereka dan hanya melihat keseronokan apabil ramai wanita menyukai mereka.

3. Lelaki hensem memiliki ego yang tinggi
Disebabkan rupa mereka yang menjadi kegilaan ramai wanita, mereka mempunyai sikap ego dan angkuh. Jika wanita bersama lelaki jenis macam ni, memang tak lama lepas tu angkat kaki.

4. Hidup lelaki yang rupa biasa lebih stabil
Wanita menyedari, rupa pasangan mereka tidak menjamin kebahagiaan. Jadi, mereka akan memilih untuk berkahwin dengan lelaki yang hidupnya stabil dan mempunyai kerjaya yang baik.

5. Hidup lelaki yang berkerjaya adalah lebih baik
Dari sudut pandangan wanita, lelaki yang berkerjaya dan hidup stabil tidak perlu bersusah payah dan wanita yang bersama mereka akan bahagia selepas berkahwin.

6. Lelaki kacak hanya bergantung pada wanita
Lelaki yang berkerjaya dikatakan lebih matang dan mereka lebih memahami apa yang wanita inginkan. Manakala lelaki kacak pula mengharapkan wanita untuk lakukan semuanya untuk mereka.