(RESEPI) Triffle Cik Epal Gonjeng :D


Hye koranggggggggggg~

Hari ni kita dalam segmen masak memasak bersama "Chef Cik Epal Gonjeng" hape ingat aku tahu mencekik, mentekedarah dan menternak lemak je ke? Aku pandai masak jugak lah *angkat kening dua dua belah gerak atas bawah selama lapanpulohnam saat


Apa yang aku kecoh kecoh kan dalam ENTRI INI nak buat triffle ni, akhirnya menjadi jugak.



OK mari kita mulakan. Mula mula kita tengok dulu macam mana rupa Triffle ni


oooo macam ni  ghupe bentuk mende alah TRIFFLE ni

OK mari aku kenal kan bahan bahan yang aku guna untuk buat TRIFFLE di atas.

Jeng jeng jeng. Calon Calon nya adalah:




@1- Whipped Cream (any brand boleh janji HALAL)
@2- Swiss Roll (Any brand boleh janji HALAL jugak)
@3- Kristal Jelly
@4- Susu Sejat IDEAL
@5- Badam
@6- Tepung Castard

Dah kenal dah kan calon calon yang bakal dihumban ke dalam triffle ini? ye hensem hensem semua  ya. Ouh tertinggal lagi satu calon yang tidak kurang juga kacaknya


TADAAA!! Nata de Coco

Dekat gambar atas tu sepatutnya ada Fruit Cocktail. Sila guna Fruit Cocktail juga. Nak guna buah buahan lain pon macam Peach, strawberry, Laici, pon boleh lah sukahati kau punya triffle pon. Kau jugak yang nak mencekik. Jangan kau pergi guna buah DURIAN sudah lah. kang jahanam resipi triffle gonjeng ni kan


Cara cara nya adalah:


Bukak semua swiss roll yang dalam paket ni haaa. humbankan semua di dalam bekas/loyang ke hape mende alah tu orang panggil. Tapi kalau boleh nak yang transparent lah. Nampak sikit apa hasil kerja kau nanti. Susun elok elok dalam ni dan mampatkan kalau boleh




Lapisan ke 2. masuk kan jeli. Jeli tu sila masak dulu ye. Cara cara nak masak jeli ada dalam belakang kotak. Alaaa masak jeli ni senang je. Letak air, dah siap dah jeli pastu boleh tuang dalam bekas ni. Tunggu lah jeli keras sikit. Macam aku ni jenis tak sabar, malas aku nak tunggu tunggu jeli ni keras bagai. aku humban je terus whiipped cream untuk lapisan ke 3. Tapi jangan letak semua. Letak just nak tutup layer jeli tu je



Untuk lapisan ke 4, kita memerlukan kastard. Ye cara memasak kastard ni sangat mudah ye adik adik. Jangan risau kalau anda belum menduduki SPM lagi atau tak ada sijil SPM pon. mudah je nak buat. Masukkan tepung kastard. agak agak lah nak masuk. Dalam empat sudu besar ke. Pastu masukkan susu sejat IDEAL dalam ni, . Kacau kacau sampai pekat. tutup api. Dah! siapppppppppppp dah tepung kastard. Senang tak? senang tak?


Aku suka bau tepung KASTARD ni. bau dia sedap macam bau KASTARD!




Then tuang kastard yang kau masak tadi letak dalam bekas ni. Lapisan ke 5 pulak. Letak lah apa jenis buah buahan yang kau ada., Aku letak fruit cocktail dengan nata de coco. ada orang suka letak laici. boleh jugak. Letak strawbery pon boleh. peach ke. eh suka hati lah nak bubuh apa pon.



haaaa penuhkan je macam ni haaa. Korek korek semua buah yang ada tu. dah siap!


Lapisan atas sekali, letak baki baki whipped cream yang tinggal tadi. Letakkan untuk bahagian atas sekali. Then letak badam. Badam ni sila goreng dulu ye nak bagi rangup. Tapi gordeng Badam ni tanpa minyak lah. Jangan pulak kau letak minyak. Apa ingat nak masak badam masak lemak cili api ke? ok pastu siap dah. masuk dalam peti ais. Tunggu lah dalam sejam dua jam ke. Bende alah ni makan sejuk sejuk baru sedap!


Ni lah rupa lapisan layer nya. agak tak senonoh sikit bentuk layer layer nya. Sebab aku tak tunggu jeli tu keras. Biasalah gelojoh nak cepat siap je. Tapi aku sarankan pada sesiapa yang nak buat, time dah lepas letak jeli tu, sila tunggu dia keras dulu dalam 30 minit. Tengok jeli aku, habes kacau semua layer, sebab tak keras lagi aku dah pergi masuk mende alah lain. ahh lantak lah kan. dah kata triffle gonjeng, memang macam ni lah ghupe.




Antara resipi resipi yang aku pernah share dalam blog aku ni :

@oreo goreng
@Colourful Oreo Chocolate Chip Cheese Cake (saje je bagi nama panjang tak nak kalah)


ok selamat mencuba! =)





ok bye!