KEJI.....'Abang Sanggup Lacurkan Saya!' Ini Luahan Si Isteri Apabila Suami Sanggup...



Foto: Harian Metro

KUALA LUMPUR - Seorang suami tergamak melacur isterinya sendiri demi melangsaikan hutang judinya, lapor Harian Metro

Ayu, 37, mengakui rumahtangganya semakin hancur apabila suaminya yang juga bekas kakitangan kerajaan itu terjebak bermain judi online semenjak dua tahun lalu. 

Akibat dari ketagihan judi, lelaki itu yang dahulunya seorang suami yang bertanggungjawab dan penyayang, kini sanggup menjual kereta dan barang kemas isterinya. 

"Dia berubah 360 darjah dan menjadi seorang yang pemarah dan tamak semenjak mula berjinak-jinak dengan permainan mesin judi di tempat tinggal lama mereka, Port Dickson, Negeri Sembilan, sehingga berubah menjadi 'penagih judi'.

"Dia sebelum ini pernah berhenti bermain judi selepas pihak berkuasa melakukan operasi besar-besaran sehingga semua pusat judi di Port Dickson ditutup. Tetapi apabila sindiket kembali beroperasi, suami juga turut kembali berjudi," katanya.
"Memang pada mulanya suami 'untung besar' sehingga boleh membeli rumah sendiri. Tetapi lama kelamaan bukan sahaja rumah, kereta dan barang kemas saya pun dijual akibat mahu menanggung kerugian," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, rakan suaminya yang menjalani kehidupan mewah hasil keuntungan kegiatan judi berhijrah ke tempat lain menyebabkan suaminya bergantung 'modal' judi daripada along.

"Satu malam, suami bawa dua orang rakan baru datang ke rumah. ketika saya sedang membawa minuman untuk dihidangkan kepada mereka, saya terdengar perbualan mereka bahawa suami mahu menjual (melacur) saya.

"Ketika itu saya yakin kehidupan saya hancur buat selama-lamanya. Saya sempat melarikan diri melalui pintu belakang dan bersembunyi di rumah jiran," katanya.

Ayu yakin, suaminya tergamak menjualnya disebabkan mahu melunaskan hutang judinya.

Sehari selepas kejadian, dia kembali ke rumah bersama keluarganya untuk mengambil anaknya dan memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah.  - Harian Metro