(Resepi) Small Shells Prego Carbonara . Nyummayhhh! :D



Ehem ehem hari ni aku rajin. Rajin nak memasak. Saja nak feeling-feeling Masterchef. Konon nya masterchef sangat lah kan. Aku buat small shells carbonara. Nak guna spaghetti ke fettucini ke pasta yang pusing-pusing macam screwdriver tu pon boleh. Janji pasta. Aku saja nak guna pasta cengkerang ni. Disebab kan aku baik hari ni, aku nak kongsi resipi carbonara ni jugak lah




@ Fresh milk. Masa aku pergi grocery shop ni aku mati-mati nampak FRESH MILK. Bila balek tengok "eh bila masa pulak aku beli full cream milk? ter RABUN lebih kot tadi" tak kesah lah. Full cream milk pon boleh

@ Prego Carbonara Mushroom. Ni saja ngelat sikit malas nak buat sos sendiri

@ Fresh Shiitake Mushroom. Aku suka gila cendawan ni


@ Small Shells Pasta. Nak guna pasta lain pon boleh. Yang macam hos paip bengkok tu pon boleh (aku rasa nama dia macaroni) yang pusing-pusing macam screwdriver pon boleh. Spaghetti pon boleh. suka hati lah kan

@Daging ayam kisar. Nak guna daging pon tadehal

@ Hotdog

@ Parmesan cheese





@ Cili api ( ni saja aku nak letak. Tekak melayu lah kata kan. Tekak melayu sangat padahal tekak aku memang suka pedas. So kena ah bagi pedas sikit)

@ Bawang besar / Holland onion

@ Bawang putih / garlic

Bawang besar, bawang putih dengan cili api ni aku tumbuk je guna lesung batu. Kalau menumbuk benda alah ni semua pon tak tahu macam mana, meh aku tumbuk kau dalam lesung batu ni pulak



Mula-mula hotdog ni aku rebus, nak goreng pon boleh. Saja nak mengurangkan penggunaan minyak. Diet katakan. Tu rebus je tu.







Diet sangatttttttttttttttt.




Feeling kutip cengkerang tepi pantai gitu. Cengkerang-cengkerang ni semua aku celur dulu. Letak minyak dalam 2-3 sudu dan sedikit garam time celur tu



Mula-mula tumis dulu bawang,cili dengan ayam tadi. Aku guna butter tak guna minyak. Sebab guna butter adalah SAJA JE. Sebab butter lagi sedap




Then masuk kan prego tu tadi, cendawan, hotdog dan kacau. Kena rajin kacau ye. Takut dia jadi berketul-ketul. Masuk sikit air dan letak parmesan cheese. Tak payah letak garam dah, sebab parmesan cheese ni dah masin


Gaul punya gaul. Letak susu. Tapi jangan lah pergi humbankan sekotak susu tu bagi habis pulak. Agak-agak je. Dalam 1/4 kotak susu tadi pon ok.



Siap dah!! Tuangkan je kuah tadi tu atas pasta tadi. Senang je kan?









Kalau rasa nak menternak lemak yang dah sedia berlemak tu lagi. Letak lah parmesan cheese ni sikit atas kuah carbonara tu




Selepas digaul-gaul. nyummyyyyhhh!!




Senang je wei nak buat carbonara ni. Pejam-pejam mata pon boleh buat (wahh gituuu. macam kau buat pejam mata je kan? mahu terbalik semua periuk)



Sesiapa nak cuba. Selamat mencuba! =)



ok bye!