NGERI...Belakang badan berlubang lepas berbekam setiap hari selama sebulan !! Memang Ngeri..



KEADAAN kulit Li yang mereput akibat kesan rawatan bekam yang dijalani.
Chengdu, China: Seorang lelaki mengalami kecederaan serius apabila belakangnya hampir berlubang selepas menjalani rawatan bekam setiap hari selama hampir sebulan.
Li Lin, 63, menjalani rawatan bekam di sebuah pusat kesihatan tradisional di sini bagi mengubati sakit sendi yang dialaminya.
Lelaki itu menjalani rawatan bekam pada setiap hari bermula pada pertengahan Mei hingga pertengahan Jun lalu.
Li berkata, pengamal perubatan menyarankan dia menjalani rawatan bekam selama sebulan untuk menyembuhkan penyakitnya itu.
Rawatan itu menggunakan beberapa cawan yang dipanaskan bagi mewujudkan kesan sedutan pada kulit pesakit yang biasanya meninggalkan kesan lebam.
Cawan bekam yang diletakkan di tempat yang sama setiap kali rawatan menyebabkan belakang badannya berlubang dan meninggalkan kesan yang menakutkan.