Di India, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun terpaksa menjalani dua pembedahan bagi mengeluarkan 80 ekor ulat berenga yang bersarang di dalam telinganya.
Doktor yang memeriksa kanak-kanak tersebut terkejut apabila mendapati terdapat ulat berenga iaitu ulat-ulat kecil berwarna putih yang terhasil dari larva lalat yang biasa yang tertarik dengan bau busuk terdapat di dalam telinga si kecil itu.
“Saya sangat terkejut melihat begitu banyak ulat berenga. Ia biasanya tertarik kepada bau busuk dan ini bukti bahawa keluarga terbabit hidup dalam persekitaran yang amat kotor hinggakan memberi kesan kepada anak mereka,’’ kata doktor yang merawatnya, Dr. Raj Kumar Mundra.
Menurut doktor, jika Randhika Mandloi tidak dirawat dengan segera, ulat tersebut akan mula memakan otaknya dan ia boleh membawa maut.
Dua pembedahan yang dilakukan mengambil masa selama 180 minit, setiap satu memakan masa selama 90 minit.
Sumber: mynewshub