Dia Tumbuk & Terajang Saya – Bekas Suami Akhirnya Dedah Sikap Sebenar Elly Mazlein Yang Akan Buat Korang Terkejut!!


ohbulanelly

Setelah sekian lama mendiamkan diri walaupun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan oleh bekas isterinya Elly Mazlein, Azmi Hatta akhirnya tampil menjelaskan sebab perceraian mereka.
Dalam satu sidang media sebentar tadi, Azmi mendakwa sikap Elly Mazlein yang terlalu kuat cemburu sehingga melampaui batas membuatkan dirinya nekad untuk berpisah.

Dituduh Curang

tftghb.png
Elly seorang yang terlalu kuat cemburu orangnya, awal hubungan kami bercinta lagi sudah timbul konflik cemburu kerana dia menuduh saya berlaku curang dengan pelakon yang menjayakan drama saya.
Hampir semua projek drama yang saya arahkan menjadi isu pertengkaran kami, selagi ada watak perempuan lebih cantik dan seksi pasti saya akan dituduh curang.
Sehingga sampai satu tahap dia menyerang saya di lokasi gara-gara cemburu dengan Nellydia Senrose yang ketika itu menjadi pelakon utama.

Tumbuk, pukul

Kami tidak henti bertengkar, dia melemparkan kata-kata kesat biarpun saya sudah bersumpah dengan nama Allah (terhadap sesuatu perkara).
Baju saya ditarik sehingga koyak, Elly juga menumbuk, memukul malah sampai tahap sepak terajang saya di dalam kereta ketika dia datang menyerang di lokasi semata-mata cemburukan Nellydia.

Harap tiada lagi provokasi

Bapa Elly sendiri mencadangkan kami berpisah dan Elly bersetuju kami berpisah secepat mungkin. Selesai perbincangan itu Elly pantas mengambil kain baju saya lalu meletakkan di luar pintu rumah. Sejak itu saya jarang berhubung dengan Elly.
Saya sudah lama tidak berjumpa dengan anak kerana ingin Elly mengotakan janji untuk berubah sikap. Doakan yang terbaik untuk kami.
Saya harap dia berubah dan tidak melakukan provokasi atau menyindir saya sehingga saya berasa tidak senang untuk melawat anak saya.
screen-shot-2016-10-18-at-5-34-13-pm

Sumber : mstarBerita Harianohbulan