DITAHAN SUDAH...Suspek Kes Bunuh Di Kuala Terengganu Telah Ditahan




KUALA TERENGGANU - Suspek kes bunuh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di kawasan parkir Kompleks Seri Iman, Ahad lalu, ditahan polis tengah hari tadi, lapor Harian Metro.

Mohd Hafiz ditahan di tepi jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Kampung Tepoh, Jalan Jeram, Manir, oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu yang melakukan operasi di kawasan berkenaan.

Polis juga turut menemui senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

Suspek akan ditahan reman selepas bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Dalam kejadian Ahad lalu jam 11.30 pagi, mangsa, Muhamad Shukri Husin, 34, mati ditikam oleh bakal adik ipar setelah statusnya perkahwinannya terbongkar selepas mangsa dan adik perempuannya, Azlina Husin membuat semakan di pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM). - The Reporter