Tiga beranak mati dikelar




Mariah (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama Taufik (kiri), Norhaslinda (dua dari kanan), Aqidah (kanan) dan Siti Khadijah (duduk depan).



MELAKA – Tiga beranak ditemui mati dalam keadaan bergelimpangan akibat dikelahr dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki disyaki penagih dadah tegar yang juga ahli keluarga mangsa dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bertam Malim di sini awal pagi semalam.
Mayat Hassan A. Wahab (gambar kecil), 70, dan isterinya yang juga Pengerusi Tetap Wanita UMNO Bahagian Tangga Batu, Mariah Baharin, 62, dan anak lelaki tunggal mereka, Taufik, 22, ditemui mati pada pukul 6.45 pagi oleh penduduk kampung yang datang ke rumah ber­kenaan selepas mendengar jeritan meminta tolong daripada mangsa.
Mariah yang lumpuh akibat serangan strok tiga bulan lalu dan suaminya meninggal du­nia selepas dikelar di dalam bilik tidur berasingan manakala anak tunggal mereka yang merupakan pelajar tahun satu Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah dijumpai mati di ruang tamu.
Dua lagi anak perempuan pasangan itu dikenali sebagai Norhaslinda, 27, dan Aqidah, 24, cedera parah pada badan dan kepala dipercayai turut dikelar oleh suspek yang sama.
Bagaimanapun, ibu Mariah, Siti Khadijah Mohamad yang berusia 80 tahun tidak dice­derakan penyerang itu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Artikel Penuh: kosmo