Terkini...Bas rempuh lima kereta


 Kesan kemalangan bas dan kereta di Damansara Damai malam tadi
Petaling Jaya: Bas persiaran merempuh lima kereta di persimpangan lampu isyarat berhampiran kondominium Park Avenue, Damansara Damai, 8 malam tadi.Kejadian dikatakan berpunca daripada bas berkenaan yang mengalami masalah brek ketika menuruni bukit sebelum merempuh kereta berkenaan.Difahamkan, beberapa orang cedera ringan dalam kemalangan itu.Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 8.46 malam."Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Damansara ke lokasi untuk kerja menyelamat," katanya.
 Artikel ini disiarkan pada : 
Selasa, 30 Ogos 2016 @ 12:06 AMSumber harian metro.