Mimpi Didatangi Ibu Bapa Telah Meninggal Dunia..Ini Punca Yang Ramai Tak Tahu!!!






Kredit Foto : REUTERS/Dado Ruvic
Kredit Foto : REUTERS/Dado Ruvic
Kisah ini telah ditulis oleh oleh Tuan Khailil Razak dan dimuatnaik dalam laman profil Facebook peribadinya. Moga sama-sama kita dapat ambil manfaat daripada kisah ini.
Mak mertua saya pernah tanya saya,
Halil selama mak meninggal berapa kali mimpi mak arwah mak?
Saya jawab dengan nada sedih,
Ermm baru 2 kali mama.

Seminggu selepas mak meninggal dan masa halil sibuk kerja sebelum kawin. Kenapa mama?
Mak mertua saya kata,
Maknanya halil anak yang baik yang sentiasa bagi dia pahala dan amal dalam kubur. Kalau halil kerap sangat mimpi tu tandanya dia tak senang kat alam sana dan dia nak amalan dan doa daripada Halil.
Ohh saya baru faham, ingat (bila kita) selalu mimpi mak tanda mak sayang kat kita. Rupanya bukan. Ya Allah!
Saya terus bergenang air mata teringat balik. Mungkin kali pertama seminggu lepas mak saya meninggal sebab rindu. Yelah, masa mak saya sakit kat Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, masa tu saya dah 18 tahun. Masa tu saya masih mak saya yang suapkan makan. Manja sangat dengan arwah mak. Tapi kali kedua saya mimpi saya ingat masa tu saya sibuk sangat. Bisnes tengah maju, duit belas ribu dapat untung masa tu. Tapi sedih masa tu saya jarang bukak Al-Quran. Tak baca Quran. Saya lalai sangat masa tu.
Baru saya faham bila mak mertua saya cakap macam tu. Ya Allah. Sebenarnya mak kita yang dah meninggal dunia mereka sangat dahagakan amalan dan doa daripada anak-anak yang soleh. Saya pernah dapat nasihat daripada Prof Dr Razali Nawawi, Presiden ABIM yg pertama. Dia kata,
“Kholil. Niatkan puasa kita solat kita sedekah kita semua untuk mak ayah kita. Sebab mungkin dalam hidup mereka mereka pernah tinggalkan puasa, tinggalkan solat…”
Ya Allah. Rindunya arwah mak. Rindu sangat-sangat. Adik buat dakwah. Adik ceramah pada pelajar-pelajar untuk jadi baik. Adik baca Quran. Adik buat sedekah infaq semua, adik nak niatkan untuk mak dan ayah. Mak, maafkan adik. Tak sempat khidmat mak sepenuh hati adik. Mak, maafkan adik. Mungkin adik pernah buat mak kecil hati dan buat mak nangis  sebab adik. Mak suka dengar adik baca Quran masa adik kecik, nanti dalam syurga adik bacakan Quran untuk mak, depan mak ya. Rindu mak sangat. :'(
YaAllah tenangkan mak ayah kami di alam barzakh.. Letakan mereka di kalangan orang-orang yang beriman. Jangan lah kau azab mak ayah kami. Amiiin.