Suami Selalu CURANG. Ini Syarat PELIK Isteri Utk MEMAAFKAN Yg Buat Ramai TERKEJUT !!!


Suami Selalu CURANG. Ini Syarat PELIK Isteri Utk MEMAAFKAN Yg Buat Ramai TERKEJUT !!! | Assalamualaikum wbt KRT. hidekan nama ye. Saya nak share sesuatu yang mungkin boleh bagi pengajaran pada isteri dan suami di luar sana. Saya dah berkahwin 5 tahun dan dikurniakan anak berusia 4 tahun.

Dipendekkan cerita, suami saya ni ada rupa segak la jugak. Dah banyak kali dia curang dengan saya sampai satu tahap saya dah tak tahan sebab kantoi dia bawa janda balik rumah. Janda tu mengaku yang dia dah buat macam².
Sekadar Gambar Hiasan.
Sebelum ni bila kantoi saya cuma marah, saya tampar dan keluarkan kata² kesat pada suami, tapi masa tu la saya tak tahan dan bawa lari anak.

Saya marah saya benci, tapi dalam masa yang sama saya rindu sebab suami seorang yang baik tak pernah pukul saya dan anak. Saya pernah pergi pejabat agama mintak borang fasakh. Saya tulis dan simpan kemas² sebab hati masih tak sanggup. Saya berdoa mohon pada Allah tunjukkan jalan.
Lastly, saya balik rumah saya terfikir. Suami dalam keadaan yang masih memujuk dan saya pulak dalam keadaan yang masih merajuk. Ni la masanya nak ubahkan suami saya. Saya letakkan syarat pada dia. kalau nak saya dan anak semula. ikut syarat yang saya bagi.
Saya suruh dia solat penuh 5 waktu, jadi imam saya, hari² kena pergi surau dengar tazkirah. Saya ajar dia mengaji, buang seluar pendek, ajar dia masak, ajak gotong royong sama². Tiap² minggu balik kampung, haramkan porno dan handfon mesti tak ber’security’.
Dalam masa berbulan² jugak saya tabah ajar dia hari² sebab dia dibesarkan dengan family yang kurang didikan agama jadi saya terfikir dengan cara ni je saya boleh bantu keluarga saya. Bila dah terbiasa dengan solat, surau, ceramah, berjemaah, dosa pelan² dia tinggal.
Alhamdulillah saya ucap syukur pada Allah swt. Mula² terpaksa, lama² terbiasa. Dia lah suami dia lah sahabat yang saya sangat² banggakan sekarang. Suami berniaga, jadi dia akan jaga anak dan saya pulak kerja. Saya balik kerja jer dia dah siapkan makanan. Rajin masak, basuh baju. Uruskan rumah tangga, kerja tu saya buat sama².
Saya pulak longgarkan baju, buang seluar jean ketat. labuhkan tudung, berjinak² dengan niqab. asuh anak, ajar anak dan suami mengaji. Kadang² bagi tarbiyah sentap pada dia sekali sekala, lama² dosa tu dengan sendirinya kita lupa.
Dua hari lepas saya cakap pada suami suruh cari isteri baru. Saya teringin nak bermadu, nak merasa payung emas nanti kat syurga. Niat dalam hati tu memang datang dengan sendiri sebab saya tahu suami dah tak macam dulu. Dia mampu bimbing anak dan isteri. Tapi suami tak nak katanya boleh sembur payung kat dapur warna emas. hehe.. Mungkin malu dengan dosa dia pernah buat dulu (laki mana tak nak bermadu kan)
Dear abang, kalau baca luahan hati sayang. ketahuilah, sayang dah maafkan abang. Abang carik duit bebanyak, sayang cari wife sorang untuk abang naa. Untuk isteri kat luar sana yang diuji seperti saya, La tahzan innallaha ma’ana. Gali ilmu akhirat, ajar suami, kita dapat pahala. Nanti kita boleh pilih mana² pintu syurga yang kita nak. tu janji Allah.
Sumber:-KRT

Nenek Ini Kayuh Basikal 12KM Untuk Jual Ulam. Bila Ditanya Untung Yang Dia Dapat Buat Aku SEBAK !!!

Terbaca satu artikel hari ini dimuatnaik oleh seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) bernama Nur Amirah kisah beliau terlihat seorang warga emas yang menjual ulam ditepi jalan.

Gambar Sekadar Hiasan

Beliau yang dalam perjalanan ke kelasnya telah menghampiri nenek berkenaan, dan perbualannya antara nenek itu sungguh menyentuh hati, jom kita baca.
Selalunya kalau nak ke UUM akan lalu jalan Kampung Darat, harini tiba2 rasa nak ubah angin, nak lalu kot jalan satu lagi. Waktu tengah tunggu traffic light depan KFC Changlun tu dari jauh ternampak ada sorang tok ni pegang plastik hitam. Duk perhati dia lama jgk sementara nak tggu lampu hijau. Taktau pasaipa rasa ni kuat nak suruh pi dekat tok tu. Padahal dah lambat nak pi kelas ðŸ˜… (dah minta maaf dkt lecturer tadi)
Teringat tulisan abah kpda Ahmad Ammar, ‘Jangan tangguh amalan kebaikan, bersegeralah agar tidak menyesal’.
Turun kereta pi dekat tok ni tanya dia, tok nak pi mana? Tunggu sapa? Pastu dia jawab, tok juai ulam (sambil tunjuk ulam-ulam yg ada dalam plastik). Saya terus tanya ‘tok juai satu berapa ni?’ Dia jawab 1 seringgit.
Waktu tu terus teringat apa yg Varun Pruthi selalu buat. Malaih nak pikiaq panjang. Saya pun cuba meneladani apa yg selalu dibuat oleh Varun Pruthi, dia selalu beli barang bayar dengan nilai yg lagi besar drpd harga sebenar.
So saya pun decide untuk beli semua ulam tu, saya minta dia kira semua ada berapa sementara saya p ambil purse kat kereta. Jumlah semua 25, maknanya RM 25 untuk semua ulam tu. Saya saja tanya, ni semua ulam tanam & kutip sendiri ka, tok tu jawab ada yg dia tolong juai yg orang. Dia ambik kat orang satu 5 kupang, untung kt dia 5 kupang. ( 5 kupang, dengan nak kena kayuh gerek lagi ðŸ¤”)
Dah siap masukkan dalam plastik saya terus bagi RM** dan suruh dia simpan balance duit tu. Nak kata duit banyak, dak jugak. Tak boleh tunggu banyak baru kita nak bagi, kena belajar bagi dgn yg sikit. Amal yg kecik boleh jadi besar kerana niat.
Kalau kita sayang duit nak bagi waktu tu, duit tu kadang2 akan habis dekat benda lain yg lagi mengarut. Terus bagi ja duit tu, sebab kalau pikiaq lama, satgi syaitan mai hasut suruh bg duit paling kecik pulak.
Beli ulam banyak2 makan semua nak awet muda macam Nasser Wahab? Ambik yg mana nak makan ja, bagi yg lain dekat makcik cleaner blok ni.
Mana anak dia? Awat biar mak dah tua tua juai ulam macam ni ja? Okay anak dia ada 2 orang, sorang dah berkeluarga, kerja menoreh getah nak sara anak2 belajaq. Sorang lagi, sakit duk rumah. Dia kata kalau anak dia sihat, takkan anak dia nak biaq mak dia kayuh gerek juai ulam. Husnudzon naa.
Alhamdulillah, Allah buka jalan untuk buat benda baik pagi ni. Tu la orang kata, kebaikan ni ada dua bentuk. Satu, kebaikan tu sendiri mai dekat kita sama mcm konsep kucing mai kt kita waktu kita tengah makan kat kedai. Satu lagi, kita sendiri kena pi cari kebaikan tu. ðŸ˜Š
‪”Seseorang yang memberi satu dirham sebagai sedekah semasa hidupnya lebih baik dari memberi seratus dirham sebagai sedekah di penghujung hayatnya.” (Abu Dawud, Wasaya,3/2766)‬
Menurut seorang rakan Facebooknya bernama Siti Nazirah Zainuddin, beliau memberitahu warga emas ini tinggal berhampiran jalan ke rumahnya, katanya “Tidak kira panas, hujan, tok ni mensti kayuh basikal ke pekan Changlun pergi bali 12km, pagi dia keluar, tengahhari dia akan balik, lepas asar keluar pulak dan manghrib akan balik, memang dia jual ulam-ulam,” tulisnya.

AWAS!! Cara Anda Membuka Penutup Tin Minuman Boleh Membahayakan Kesihatan Anda. Mohon Kongsikan Info Ini...


Mungkin anda pernah terdengar berita tentang kematian yang disebabkan Leptospirosis. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, leptospirosis ialah “sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira yang menular kepada manusia melalui binatang seperti anjing, babi, tikus, arnab dan tupai, atau melalui penggunaan air yang tercemar olehnya.”
Penyakit ini juga boleh menjangkiti kita semua melalui tin minuman. Dan perkara ini tidak harus dipandang mudah kerana ianya boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Cara anda membuka minuman dalam tin minuman turut memainkan peranan.

Menurut laporan yang dikongsikan laman web Brightside, Selepas proses pembungkusan tin minuman dilakukan di kilang, tin tersebut akan diletakkan di atas lantai yang berdebu sebelum diedarkan ke pasar raya.
Dan walaupun setelah ianya dihantar ke pasar raya, tin minuman ini dibiarkan beberapa hari di rak barangan sebelum dibeli dalam masa beberapa minggu.
Demi kesihatan anda, amali langkah-langkah yang digalakkan seperti di bawah ini :
1. Sterilkan dan lap tin aluminium sehingga bersih.
2. Jangan hanya lapkan dengan tisu sahaja kerana ianya tidak boleh menyingkirkan bakteria.
3. Pastikan penutup tin minuman ditutup dengan sempurna. Jangan gunakannya jika anda menemui lubang atau jurang padanya.
4. Jika tin aluminium dilihat mengembang, mungkin ianya petunjuk pensterilan yang tidak sempurna. Tin aluminium juga akan berkembang apabila terdapat lubang atau kemik kecil padanya.
5. Jangan gunakan tin minuman yang didapati terdapat sebarang kerosakan padanya – sekecil mana sekalipun.
Pada dasarnya, walaupun tidak dapat dipastikan seratus peratus akan risiko kesihatan selepas penggunaan tin minuman aluminium, demi kesihatan dan keselamatan anda, anda perlu sentiasa membersihkan tin minuman yang dibeli sebelum anda meminum isinya.
3-13
Kerana kita tidak tahu berapa lama tin minuman itu disimpan, dan kita juga tidak tahu keadaan persekitaran tempat ianya disimpan sebelum dibeli, kita harus sentiasa berwaspada sebelum mengambil minuman yang dihidangkan di dalam tin.
Tentunya anda tidak mahu meletakkan bibir anda pada tin minuman yang dipenuhi bakteria, bukan?

Inilah Mengapa Perlu Bersihkan Darah Ahli Keluarga Yg Maut Kemalangan !!!


Inilah Mengapa Perlu Bersihkan Darah Ahli Keluarga Yg Maut Kemalangan !!! |Ada jenis Jin yang sukakan darah manusia? Tapi darah manusia yang bagaimanakah Jin mahu? Jin tidak mahu darah manusia yang dibubuh dalam bekas molek-molek atau tabung darah.
Kalau Jinn mahukan begitu sudah lama Pusat Darah Negara (nama lama : Pusat Tabung Darah Negara) dikerjakan dan sudah pasti Pusat Darah Negara tutup sebab Jinn asik mengerjakan darah yang ada dalam Pusat Darah Negara.

Jadi darah bagaimana yang Jinn mahu? Jinn mahukan darah yang disimbahkan ke atas muka bumi atau di atas tanah. Sebab Jinn gemarkan darah-darah yang mengalir di atas muka bumi.
Darah-darah manusia yang tercecah di atas tanah atau muka bumi bagi makhluk Jinn yang gemar darah ini sama seperti manusia memakan makanan yang telah dimasak.
Jika manusia ingin memasak makanan maka manusia menggunakan bahan asal-usul kejadian Jinn iaitu api untuk membakar dan memasak makanan. Sebaliknya bagi Jinn pula menggunakan bahan asal-usul manusia iaitu tanah. 

Bila tertumpah sahaja darah di atas bumi Jinn sangat-sangat menggemarinya. Bau darah yang tercecah di atas tanah bagi Jinn mempunyai bau yang sangat harum dan sangat menyelerakan.Pernah terjadi satu kemalangan jalanraya dengan mangsa kemalangan hingga ada yang terputus badan. Maka darah pun bagai menyimbah-nyimbah di lebuhraya.
Ketika kerja-kerja pembersihan di kawasan kemalangan tersebut dijalankan hari hampir waktu senja. Pada masa itulah pekerja-pekerja yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut,seorang pekerja tersebut yang mempunyai pengetahuan cukup dapat mendengar bunyi makhluk-makhluk dari hutan berhampiran ketawa mengilai-ngilai yang mengerikan jika didengar.
Takut dan rimas dengan bunyi tersebut, pekerja itu menyuruh kawan kawannya yang bertugas itu agar segera menyiapkan kerja kemudian mereka meninggalkan tempat kejadian.
Sebaik kenderaan para pekerja meluncur perlahan untuk beredar salah seorang pekerja yang mempunya pengetahuan itu menoleh ke belakang dan alangkah terkejutnya dia melihat sekumpulan makhluk-makhluk Jinn sedang menari-nari sambil menjilat-jilat jalanraya yang dipenuhi dengan darah itu.
Lidah Jinn tersebut dikatakan begitu panjang. Jinn tidak perlu membongkok atau merangkak ke tanah untuk menjilat darah-darah yang berada di tanah. Dengan hanya berdiri selamba sahaja jinn menjilat tanah yang berlumuran darah.Pencari Entiti
PS: Pada sesiapa yang ada ahli keluarga yang mengalami kemalangan jalan raya sila bersihkan darah mangsa dengan segera sebelum senja.

Kajian Membuktikan Kenapa Wanita Mudah Memaafkan Tetapi Sukar Melupakan Berbanding Lelaki. Ini Sebabnya...


Dalam menangani situasi tersebut, kaum lelaki lebih mudah melupakan apa yang berlaku walau mereka sukar memaafkan. Sedangkan kaum wanita dikatakan lebih bersifat pemaaf. Tetapi walaupun sanggup memaafkan, wanita sukar untuk melupakan apa yang telah mereka alami. 

Bagaikan luka, meskipun sakitnya telah hilang tapi parutnya tetap kekal dan berbekas di hati. Itu bermakna selagi hayat dikandung badan wanita akan terus mengingati apa yang telah terjadi dan menyimpannya di dalam hati sekalipun mulut sudah mengucapkan kata maaf. Mengapa?

Emosi Kuasai Memori

Kajian di Amerika Syarikat menjelaskan wanita memiliki memori atau ingatan yang lebih kuat berbanding lelaki. Jika lelaki memiliki 60 peratus ingatan, wanita pula mempunyai 75 peratus memori iaitu 15 peratus lebih daripada kamu lelaki.

Lebih membuatkan situasi menjadi kronik memori yang berlebihan itu terdiri daripada emosional memori yang membuatkan wanita sukar melupakan perkara yang melibatkan perasaan mereka terutama peristiwa yang membawa kesedihan, kemarahan mahupun kegembiraan. 

Malah emosi diakui, pakar psikologi dan para saintis sebagai tunjang kepada memori seseorang wanita. Saintis menjelaskan wanita sememangnya cukup peka dan sukar melupakan peristiwa yang melibatkan perasaan dan emosi.


Pemeriksaan mangnetic resonance imaging (MRI) yang dilakukan ke atas kaum Hawa mendapati memori wanita menunjukkan tidak balas yang sangat memberangsangkan tatkala berfikir, berbicara dan melihat sesuatu yang melibatkan perasaan. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan sistem otak wanita berfungsi dengan lebih baik dalam menguruskan emosi berbanding lelaki.

Sukar Kikis Kenangan

Turhan Canli, profesor psikologi di University of Stony Brook, Amerika Syarikat, menjelaskan wanita wanita turut memiliki otak bersifat memori autobiografi yang membuatkan mereka sukar untuk mengikis atau melupakan sebarang kejadian atau kenangan yang memedihkan dan menyakitkan dalam hidup mereka. 

Apatah lagi, kesemua kejadian yang berlaku memberikan efek cukup besar pada diri mereka. Sedangkan kaum lelaki tidak mudah dikuasai oleh emosi meskipun mereka memiliki ingatan kuat tentang peristiwa yang menimpa diri mereka.

Situasi ini bukan sahaja membuatkan wanita sukar melupakan apa yang terjadi ke atas diri mereka tetapi ia turut menjadi punca kemurungan dalam diri. Sememangnya wanita lebih rentan stres berbanding lelaki kerana otak mereka lebih cenderung untuk terus memikirkan memori-memori buruk dan akan terus memikirkan sehingga menyebabkan depresi.

Bukan itu sahaja, sebahagian otak wanita memiliki peredaran darah yang lebih tinggi termasuk bahagian yang mengawal bahasa dan perbuatan sehingga membuatkan mereka memiliki ingatan yang cukup tajam dalam mengingati kisah pahit dalam hidup.

Satu lagi faktor yang membuatkan wanita sukar melupakan sesuatu kejadian ialah paras hormon estrogen yang tinggi. Kajian menunjukkan hormon estrogen berupaya mengaktifkan saraf dan meningkatkan peredaran darah ke otak. Kadar estrogen yang tinggi secara tidak langsung meningkatkan memori dan proses pembelajaran sehingga menyukarkan wanita untuk melupakan sesuatu peristiwa.

Bagaimana Memaafkan dan Melupakan?

1. Memaafkan dengan Ikhlas
Kebanyakan individu memaafkan musuh mereka kerana tidak mahu menyimpan dendam dan membiarkan denam memusnahkan diri mereka. Namun, dalam masa yang sama hati mereka tidak ikhlas untuk memaafkan. Akibatnya, mereka masih sering mengingati peristiwa lalu dan sukar melupakan segala kejadian yang berlaku. Justeru, apabila anda mengambil keputusan untuk saling bermaaf-maafan berusaha untuk melakukannya dengan seikhlas mungkin.

2. Maaf bukan Mainan
Perkataan maaf itu cukup mahal harganya, Ia bukan suatu kata yang boleh dilafazkan dengan sesuka hati atau sekadar menyedapkan hati orang yang mendengarnya. Sekali mengucapkan kata maaf maknanya anda telah bersedia untk melupakan segala kepahitan yang berlaku serta membuka lembaran baru dalam kehidupan. Dengan cara itu, hati akan menjadi lebih tenang dan bersedia untk benar-benar memaafkan dan melupakan apa yang terjadi.

Bercadang Hendak Melawat Bayi Baru Lahir? JANGAN Lakukan 9 Perkara Ini Yang Ramai Tidak Ambil Tahu. Mohon Kongsikan...


Bercadang Hendak Melawat Bayi Baru Lahir? JANGAN Lakukan 9 Perkara Ini. Ramai TAK AMBIL TAHU !!! | Dalam keterujaan menziarahi ibu baru bersalin dan bayi baru lahir, ada beberapa perkara yang perlu dipandang berat. Ingatlah yang anda akan bertemu dengan dua insan yang masih belum sihat sepenuhnya selepas kedua-duanya melalui proses kelahiran.

Setiap daripada kita mesti teruja melawat keluarga atau rakan terdekat yang baru melahirkan bayi. Walaubagaimanapun, kita perlu tahu bahawa bayi yang baru lahir adalah amat sensitif kerana mereka sedang mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim.
Selain adab melawat bayi baru lahir, banyak lagi faktor yang melibatkan kesihatan serta keadaan emosi ibu mahupun keluarga yang perlu dipertimbangkan. Bagi memastikan diri anda adalah tetamu yang beradab, maka anda perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara seperti yang dinyatakan ini.
1. BERITAHU TERLEBIH DAHULU
Elakkan datang terlalu awal kerana sesetengah ibu bapa sebenarnya agak keberatan untuk menerima tetamu, lebih-lebih lagi sekiranya keadaan ibu masih memerlukan perhatian atau bayi yang dilahirkan kurang sihat.

Jika kita tidak pasti sama ada mereka bersedia menerima kehadiran tetamu, bertanya dahulu keadaan mereka. Dan sekiranya anda telah berjanji untuk melawat keluarga tersebut dalam tempoh tertentu, patuhilah masa tersebut.
2. TAK PERLU LUANGKAN MASA TERLALU LAMA
Beri ucapan tahniah kepada rakan anda, tanyakan khabar, dan berbual-bual ringkas sekadarnya. Walaupun bayi baru lahir selalunya tidur, mereka kerap juga diberikan perhatian.

Selalunya, ibu perlu menyusu badan dengan kerap pada awalnya dan kehadiran tetamu mungkin akan memberi sedikit kesukaran untuk mereka menyusukan bayi dengan selesa.

3. JANGAN AMBIL GAMBAR TANPA KEBENARAN
Memang comel melihat bayi. Walaupun mereka tidur, kita tetap leka dengan gelagat mereka.

Tapi, sebelum mengeluarkan kamera atau smartphone, mintalah izin daripada ibu bapanya untuk diambil gambar bayi tersebut. Sesetengah ibu bapa belum mahu memaparkan wajah bayi mereka kepada orang ramai atas sebab-sebab tertentu. Oleh itu, hormatilah pendirian mereka.

4. ELAK BAWA AHLI KELUARGA YANG SEDANG SAKIT
Jika ada antara anak anda yang sedang demam, selsema, dijangkiti ruam, atau sebagainya, tangguhkan dahulu melawat bayi baru lahir. Seperti yang kita tahu, bayi amat sensitif dan mudah terkena jangkitan, lebih-lebih lagi semasa usianya baru menjangkau beberapa hari.

Jika terpaksa membawa mereka, pastikan anda memesan supaya mereka tidak terlalu mendekati bayi dan menciumnya sesuka hati.

5. BASUH TANGAN KETIKA MAHU MEMEGANG BAYI
Jika anda ingin memegang bayi, pastikan tubuh anda dalam keadaan bersih. Lebih baik jika dapat mencuci tangan sebelum menyentuh dan memegang bayi untuk mengelakkan jangkitan.

6. FIKIR SEBELUM MENCIUMNYA
Apabila anda bersin, batuk, bernafas, termasuk mencium bayi, kuman boleh terbebas dan menular kepada orang di sekelilingnya, terutamanya bayi yang masih lemah antibodinya.

Apabila dicium-cium, kuman mudah berpindah dari mulut anda melalui air liur ke pipi atau bibir si kecil.

7. MEROKOK, WALAUPUN SEBELUM BERJUMPA BAYI
Ini salah satu perkara yang amat penting. Tak kiralah sebelum berjumpa bayi atau semasa di luar rumah / hospital, seseorang tak sepatutnya merokok apabila mereka mendekati bayi.

Ini kerana, walaupun bayi tidak menghidu asap rokok secara terus daripada rokok, bau-bauan yang masih melekat pada baju menandakan partikel kimia itu masih berada pada tubuh anda. Bahkan, asap rokok basi ini lebih merbahaya berbanding asap rokok itu sendiri!

8. JANGAN KEJUTKAN BAYI YANG SEDANG TIDUR
Kita tak tahu betapa susahnya ibu bapa cuba menidurkan anak mereka tadi. Oleh itu, tolonglah jangan mengejutkan bayi sekiranya mereka sedang tidur semata-mata untuk mendukung atau mengambil gambar mereka.

Apabila bayi meragam, tentu ibu bapa akan berasa susah hati dan bertambah letih untuk memujuknya nanti.

9. JAGA PERCAKAPAN
Tak perlu beri nasihat sekiranya tidak diminta, lebih-lebih lagi jika si ibu dan ayah kelihatan tidak bermaya. Mungkin mereka belum bersedia menerima sebarang komen yang mungkin merimaskan, walaupun anda seorang yang lebih berpengalaman.

Ucapkanlah perkara-perkara yang baik dan boleh menenangkan hati mereka.

‘KEEP IT SHORT AND SWEET

Jika anda datang ke rumah mereka, pesankan supaya mereka tak perlu sediakan apa-apa. Kita datang semata-mata untuk menziarahi mereka, dan bukannya untuk dilayan dengan pelbagai jenis makanan.

Jika membawa buah tangan, bawakan makanan yang sesuai seperti buah-buahan, roti, atau juadah yang boleh dimakan oleh wanita berpantang. Tidaklah mereka ‘kempunan’ dan ‘terliur’ melihat makanan-makanan yang hanya boleh dibuat bahan pameran!

PERHATIAN Para Suami, Penat Macam Mana Pun Jamahlah Makanan Isteri. Di Situlah Ada Rasa Cinta Dan Secebis DOA...


Kes ini ramai yang tak sedar dan kebanyakan lebih suka biar dan pendam. Bila sampai kemuncak, akhirnya MELETUP dan perang dingin. Ya, hanya disebabkan hal makan, suami isteri boleh gaduh!

Tapi kenapa, ya? Haaa... mungkin ini silapnya, cuba semak perkongsian oleh Pak Utih. Siapa tahu anda sendiri juga pernah buat silap macam ini...

Suami yang bekerja di pejabat, dapat menikmati makan tengahari di restoran yang banyak jenis lauk-pauk yang disukai. Dapat kita memilih mengikut selera kita. Malah boleh juga mendapat layanan yang "special" dari pelayan-pelayan restorean pilihan kita itu. Biasanya kita makan bersama-sama dengan rakan sepejabat. 

Ada juga yang mengajak bersama rakan sepejabat wanita beramai-ramai untuk majlis-majlis tertentu. Maka penuhlah di atas meja makan kita itu dengan lauk-pauk pilihan kita. Kadang-kadang kalau ramai yang datang, kita akan satukan dua-tiga meja sekali. Kita dapat merasakan keseronokan itu.

INI REALITI MAK-MAK YANG TUNGGU SUAMI BALIK KERJA

Pernah tak kita bayangkan pula bagaimana isteri kita yang full-time house wife tu makan tengahari di rumah. Dia memiliki amat terbatas pilihan untuk tempat makannya dan pilihan lauk-pauknya pula juga amat bergantung pada apa yang dia sendiri masak. 

Jemu-jemu makan di dapur, dia akan makan mengadap TV dan tak mungkin dia makan di atas katil kita. Maka sendirianlah dia dengan melongokkan nasi dan lauk-pauk ke dalam satu pinggan. Sungguh menjemukan dia. Namun, dia tetap juga masak lauk-pauk untuk kita pada malam nanti.

Kita pun balik ke rumah dengan sifat kita yang sentiasa sibuk dengan urusan rekreasi, jamaah dan persatuan. Kita tidak sempat menjenguk ke dapur untuk melihat apa yang dimasak oleh isteri kita pada hari itu. 

Malah selepas maghrib, sebaik saja isteri telah menghidangkan makan malam, kita pula bergegas keluar tak sempat nak bersama dengan mereka kerana ada urusan jamaah, persatuan dan masyarakat yang "penting" atau kawan-kawan "calling" ajak mengeteh di luar. Balik tengah malam, kita pun terus masuk tidur dan bangun pagi dengan semangat baru dengan penghidupan baru.

Kita tidak sentuh pun nasi dan lauk yang isteri kita simpan untuk kita semalam. Yang mana semalamnya, isteri kita melarang anak-anak kita menyentuh lauk kegemaran kita itu kerana bimbang kita balik nanti, tak ada lauk pula. Bila bangun pagi isteri kita lihat, nasi dan lauk langsung tidak berusik. KECIL HATI DIA!

Apa silap suami?

Makan bersama di satu meja lelaki dan wanita adalah satu perhormatan sosial yang menggambarkan pasangan yang sedang makan itu sedang menjalin hubungan kasih sayang antara mereka. 

Malah yang lebih nak menunjuk-nunjuk tu, dengan menyedut straw serentak dalam satu gelas yang sama. Ini menunjukkan mereka sedang berkomunikasi pada umum yang mereka adalah pasangan "ideal" yang sedang bercinta. Dan dengan lain perkataan, wanita ini jangan kacau... aku yang punya.

Begitu juga isteri kita. Makan bersama itu adalah satu penghormatan suami terhadap isteri atas sumbangannya dalam rumah tangganya itu. Seolah-olah kasihnya berbalas. 

Malah lebih menyeronokkan isteri ialah dia dengar perbualan telefon kita dengan rakan menolak ajakan makan di luar disertai dengan nada megah memberi tahu rakan-rakan kita yang malam itu isteri dah masak untuknya. Malah lebih sangat seronok lagi, bila suami membawa bekal nasi dan lauk ke pejabat yang disediakan oleh isteri pagi-pagi lagi.

PETUA UNTUK PASANGAN YANG BEKERJA TEMPAT SAMA

Bagi isteri yang kerja pejabat satu bangunan dengan suami, elok dijadikan budaya makan bersama dengannya di kantin pejabat tu. Ada peristewa seorang suami berbangga kerana tak pernah dalam sejarahnya makan semeja dengan isterinya. 

Dan malah berbangga kerana ketua jabatannya masih tak kenal siapa isterinya itu rupa-rupanya mereka menghadapi masalah komunikasi rumahtangga.

Jadi, berilah penghormatan sosial kepada isteri kita itu. Beritahulah pada umum yang isteri kita itu adalah pasangan ideal kita di dunia dan juga akhirat. Jika hubungan kita dengan isteri tidak seideal yang kita harapkan, maka hisablah diri kita akan tingkahlaku kita. 

Berapa kali kita makan bersama dengannya, berapa kali kita memuji keenakan masakannya, berapa kali kita pernah berdoa waktu makan bersama-sama dengannya. Berapa kali kita menyebut "Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan jauhilah kami dari azab neraka yang panas" bersama-sama mengangkat tangan dengan isteri dan anak-anak kita. Jika belum banyak, maka: "Selamat mencuba"

7 Petua Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi, Boleh Tahan Sampai 2 Hari. Suri Rumah Wajib Baca Dan Sebarkan Ini..


Hairan juga kalau nasi yang kita masak cepat betul basi. Sedangkan, nasi bungkus yang kita beli di warung dan restoran biasanya boleh tahan sampai ke petang meskipun tidak disimpan dalam peti sejuk. Apa rahsia mereka agaknya?

Dengan 7 tips masak nasi ini, Anda juga dapat menghindari nasi yang dimasak dari cepat basi. Berikut adalah tips masak nasi yang boleh diamalkan agar tahan lebih lama.

1. BASUH HINGGA BERSIH
Beberapa orang kata, jangan cuci nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Namun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.

Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras keluar sepenuhnya sebelum mencuci lagi buat kali kedua atau ketiga.

Selain itu, Anda boleh juga membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis air jika ada di rumah.

2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamnya, mungkin ada bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini dapat mempengaruhi fungsi 'rice cooker' dan kualiti nasi anda.

Jadi, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah diukur dengan air. Jangan risau, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.Bahkan, ia membuat nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.

4. HILANGKAN WAP NASI SETELAH DIMASAK
Bila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja tombol 'cook' berubah menjadi 'warm'. Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar dari periuk nasi. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup kembali nasi tadi, lap penutupnya dengan kain bersih.

Cara masak nasi ini bukan saja menjadi tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Hal lain, pastikan anda mencabut plug 'rice cooker' jika nasi tidak dimakan dalam waktu dekat.

5. MASUKKAN SEDIKIT GARAM
Setelah mencuci beras dan menyukat air, masukkan sedikit garam ke dalam periuk nasi tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang dimasak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.

6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita lupa ada nasi dalam periuk nasi sebelum balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Meskipun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi setelah itu.

Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus membuat nasi yang dimasak tahan lebih lama. Kesannya, tips masak nasi turun-temurun ini memang efektif dan nasi yang dimasak takkan basi meskipun dah 2 hari.

7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin memiliki fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isi air di dalam periuk nasi sampai penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh mmasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.

Menurutnya, proses masak air sampai mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.

MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang dapat anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tidak ada masalah lagi kalau anda lupa menyimpannya dalam peti ais.

Namun, ia juga tergantung pada faktor lain seperti suhu lingkungan, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.

Jika anda memiliki tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh banyak orang di luar sana.